AMANAH Terengganu kini dalam proses mengambil tindakan dan sedia menawarkan khidmat guaman kepada mana-mana penduduk yang terjejas akibat gangguan bekalan air di KBekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu berkata, pihak peguam dari Biro KANUN Parti AMANAH Negara telah mengesahkan bahawa pihak pengguna yang terjejas akibat kecuaian pihak yang menguruskan bekalan air boleh menuntut gantirugi am.
Penduduk terbabit juga, jelasnya, boleh menuntut gantirugi teladan dan gantirugi teruk berdasarkan rungutan daripada penduduk dan kesan-kesan yang dihadapi oleh pengguna akibat gangguan bekalan air.
“Kami dalam proses mengumpul dan mendapatkan maklumat selanjutnya bagi tujuan saman tersebut dan mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin menyampaikan aduan dan juga maklumat berkaitan.
“Pengguna atau pemilik premis yang terjejas boleh terus menghubungi ketua Sekretariat Khas Tindakan Saman ini melalui aplikasi Whatsapp di nombor 013-9213010,” jelasnya.uala Nerus dan sebahagian Kuala Terengganu.
Pengerusinya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, pihaknya mendapati terdapat unsur kecuaian pihak yang menguruskan bekalan air kepada pengguna yang menyebabkan gangguan pada 3 hingga 13 Ogos lalu dan sekali lagi berlaku bermula 23 Ogos hingga sekarang.
“Hak pengguna memfailkan saman dan tuntutan telah diperuntukkan mengikut Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam masa sama, Raja Kamarul memberitahu AMANAH Terengganu melalui Ahli Jawatankuasa Kawasan dan Pemuda Negeri serta kawasan telah menyampaikan bantuan air mentah bersih dan bekalan air minuman kepada penduduk di Kuala Nerus dan Kuala Terengganu sejak krisis air bermula 3 Ogos itu.
“Sukarelawan kami telah mendengar dan menerima pelbagai aduan lisan daripada penduduk terjejas yang menunjukkan krisis air yang berlaku ini telah memberikan kesukaran yang di luar jangkaan.
“Dalam masa yang sama, kami juga telah mengkaji dan mendapatkan maklumat daripada pelbagai pihak mengapa krisis ini boleh berlaku dan mengapa ianya berpanjangan sehingga kini,” tambah Raja Kamarul lagi.