NORMAN RADUZUAN
Cybertroop.dan
Netizen.Msia yang tak beradab..
Tolong baca tulisan di
bawah . Yang benar
Asyik menyalahkan
orang lain, namun.untuk mengaku kesilapan pegawai pengiring Msia ke sana tidak
sekali.
Terima Kasih saudara Norman Radzuan kerana menulis" the True picture"
apa yang berlaku..
Kaki membawang saja yg
tak pandai menilai berita benar atau berita sedap telinga
Memalukan sdgkan kita pun ada salahnya juga
KECAMAN RAKYAT TIDAK PADA SASARAN
Bijak kah kita? Kita boleh mengecam Peg Pra Olimpik/Penganjur
kerana membenarkan Ziyad bertanding walaupun lewat ke call room tetapi menarik
kemenangan kerana kelewatan. Kita juga boleh mengkritik Peg pengiring atlet
Ukraine kerana tiada semangat kesukanan. Tetapi menyerang atlet OKU Ukraine itu
adalah tindakan kebudak budakan, tidak bertanggungjawab dan memalukan.
Bukan atlet itu yg mengadu. Malah dia hanya seorang OKU.
Menghina kekurangannya atau fizikal, memaki hamun dirinya adalah tindakan yg
memalukan negara dan memalukan diri sendiri. Nampak mcm netizen kita pula yg
OKU bila menyerang org OKU.
Jgn asyik menyalahkan org lain. Lihat juga di mana salah kita.
Kita patut berasa malu juga dgn pegawai2 Malaysia yg ditugaskan mengiringi
atlet2 negara ke sana tidak bertanggungjawab. Alasan hujan dan traffic tidak
boleh diterima sama sekali kerana Peg2 negara lain boleh berdisiplin membawa
atlet lebih awal ke tapak pertandingan.
Pegawai2 pengiring inilah yg patut dipertanggungjawabkan atas
kelewatan Ziyad. Cukup2 lah kita menyerang atlet tersebut.Sudah2 la kita
menjadi juara rasuah dan juara siber. Cuba kita cari kejuaraan yg membangggakan
negara, agama dan bangsa pula.
Atlet Ukraine dan Ziyad tidak bersalah kerana keduanya atlet OKU
yg perlu dibimbing tetapi penganjur dan Pegawai kita adalah mereka yg patut
menjadi kecaman di medsos jika mahu.