RITA RUDANI PERLI TTOK PETI SERBA TAHU



Pelakon penuh kontroversi, Rita Rudaini ada memuat beberapa siri hantaran ‘memerli’ Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza berikutan isu dos penggalak vaksin baru-baru ini.

Tulis Rita, Mufti Perlis itu seolah-olah baru ‘sedar daripada tidur’ kerana ahli keluarganya sendiri dilaporkan tidak berada dalam keadaan baik setelah disuntik vaksin dos penggalak.

Sehubungan itu, Dr Maza menyarankan agar pemberian dos tambahan vaksin COVID-19 itu ditangguhkan seketika dan dikaji secara menyeluruh sebelum diberikan kepada orang awam.

Bila kena kat keluarga sendiri, pandai pulak nak buka mulut hingaq (bising), selama ni koma, selama ni tuli, selama ni kempen & jilat tak sangga (bersungguh-sungguh).

Sumber : Instagram Rita Rudaini  

 

Tak semestinya orang yang jahil hanya orang yang kurang ilmu agamanya. Orang yang tinggi agamanya lagi jahil sejahilnya dengan izin Allah S.W.T

 

Dalam hantaran Instagram Story yang lain, Rita turut memuat naik tangkap layar laporan berita yang memaparkan Dr Maza meminta Kementerian Kesihatan Malaysia menangguhkan pemberian dos penggalak.

Rita dalam pada itu turut menyindir kenyataan KKM yang memaklumkan terdapat kematian akibat pemberian vaksin di Penjara Kajang.

Katanya, pengambilan suntikan vaksin ini seolah-olah menjadi satu iktibar buat masyarakat, dan bukannya ikhtiar bagi menyelamatkan nyawa akibat pandemik itu.

Rita Rudaini
2 MINGGU LALU

Isu Dos Tambahan Vaksin, Rita Rudaini Selar Sikap Rakyat Tak 'Kenang' Jasa Khairy Jamaluddin

Ikuti FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.


 

No comments: