VIDEO RAFIZI SINDIR ZURAIDA RAIH 324K TONTONAN






KUALA LUMPUR, 20 Jan – Kenyataan lebih banyak orang utan bunuh manusia berbanding haiwan itu dibunuh di negara ini oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Zuraida Kamaruddin mengundang pelbagai kecaman netizen termasuk bekas Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli.

Malah Ahli Parlimen Ampang tersebut turut mengatakan bahawa singa wujud di negara ini juga tidak tepat.

“Awak fikir dengan mudah pergi dan bunuh orang utan? Begitu juga dengan singa dan harimau. Mereka tidak dibunuh. Kena ada prosedur untuk hadapi dan letakkannya di dalam zoo.

“Saya rasa kalian boleh tanya Perhilitan (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara). Mereka boleh beritahu berapa orang utan dalam negara dan berapa banyak mati dan hidup,” katanya melalui satu rakaman video yang tular di media sosial.

Rakaman video berdurasi satu minit 35 saat itu yang dikongsikan Rafizi kini berjaya ‘trending’ di Twitter beberapa jam lalu hingga berjaya meraih seramai 324 ribu tontonan dalam tempoh sama.

Banyak benda boleh belajar dari menteri2 yg bijak pandai:

1

Selamba aaah cikgu aku dulu tipu kat sekolah, tak ajar benda2 ni 

“Banyak benda boleh belajar dari menteri-menteri yang bijak pandai.

“1) di Malaysia, kalau orang utan jumpa manusia, orang utan bunuh manusia dulu 

“2) di Malaysia ada singa

“Selamba cikgu aku dulu tipu kat (dekat) sekolah, tidak ajar benda sebegini,” ujarnya.

Sementara itu, menurut pengguna Twitter @JoeLabu311, Zuraida seharusnya melakukan kajian terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan.

“Buatlah kajian sikit. Awak menteri. Bukan ahli mesyuarat tingkap,” katanya.