THAILAND NEGARA TERBAIK URUS COVID....

 Rina Hamzah

Thailand merupakan contoh negara yang berjaya menguruskan wabak COVID-19 dengan pendekatan menyeluruh termasuk pemerintah dan masyarakat walaupun tanpa vaksin.


Ketua Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, Thailand adalah negara pertama di luar China yang diancam kes COVID-19, tetapi setakat ini kurang dari 4,000 kes dan hanya 60 kematian, walaupun mempunyai populasi 70 juta rakyat dan Bangkok salah satu bandar terbesar dan paling padat di dunia.


Dalam ucapan penutup kepada Majlis Kesihatan Sedunia, yang berlangsung minggu ini, Tedros berkata, sebagai perbandingan dengan United Kingdom mempunyai populasi sekitar 68 juta penduduk dalam masa yang sama  mempunyai 1.3 juta kes dengan 51,396 kematian, sebagaimana data yang dikumpulkan oleh Johns Hopkins University.


PS: tetapi kita terbalik hampir keseluruhan klang valley berada didlm red zone.πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡



No comments: