MANA HANG TAU..DULU HANG PUN DOK BEDAL UMNO SIANG MALAM....SEKARANG AMACAM

 


PAS kata mustahil UMNO ‘kahwin’ PKR

PAS kata mustahil UMNO ‘kahwin’ PKR

PAS yakin UMNO tidak akan bekerjasama dengan PKR walaupun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kemungkinan kerjasama kedua-dua parti itu akan berlaku.

Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, sejarah membuktikan apa yang dikatakan oleh Anwar sebelum ini banyak yang kurang tepat.

Katanya, dakwaan Anwar itu hanyalah sebagai usaha pecah dan perintah yang sering digunakan oleh pembangkang.

“Boleh percaya ke cakap Ketua Pembangkang. Sejarah membuktikan Ketua Pembangkang bercakap banyak yang kurang tepat. Apa yang dibuat oleh Ketua Pembangkang adalah usaha pecah dan perintah.

“Itu adalah kaedah pembangkang sebab dulu pun saya pembangkang kita buat begitu. Taktik biasa sebenarnya dan PAS tegaskan kita perkasakan Muafakat Nasional (MN) dan kita pertahankan Perikatan Nasional (PN), kita mahu dua parti yang besar iaitu PAS, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bersama untuk gagasan rakyat Malaysia dan Malaysia Prihatin,” katanya selepas menghadiri Majlis Menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Persatuan Pekilang Panel Malaysia dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), di kementeriannya, di sini, tadi.

Mohd Khairuddin berkata, beliau yakin kerjasama itu tidak akan berlaku kerana UMNO dan PAS sudah muafakat menerusi MN serta sudah menandatangani piagamnya pada 14 September 2019.

“Kita setiap dua minggu sekali adakan mesyuarat perundingan di peringkat induk antara PAS dan UMNO. Minggu depan hari Rabu akan adakan satu lagi mesyuarat.

“Ia akan membabitkan 12 individu masing-masing merangkumi AJK PAS Pusat tertinggi dengan Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Timbalan, Naib Presiden, ketua penerangan, ketua pemuda akan bermesyuarat untuk memperkasakan MN,” katanya.

Ketika ditanya pendapatnya sekiranya jalinan kerjasama itu berlaku, Mohd Khairuddin menegaskan perkara itu tidak akan berlaku.

“Takkan berlaku (kerjasama antara PKR dan UMNO), InsyaAllah. Tidak ada sekiranya,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan Anwar yang juga Presiden PKR,tidak menolak kemungkinan menjalinkan kerjasama dengan UMNO, walaupun perbincangan mengenainya masih belum dilakukan secara formal.

Beliau dilaporkan berkata, kerjasama itu disokong beberapa pemimpin dan Ahli Parlimen daripada UMNO serta ia akan menjadi kenyataan jika parti terbabit tekad memutuskan hubungan dengan BERSATU.

Bagaimanapun, Anwar berkata, masih terlalu awal untuk beliau memperinci inti pati perbincangan bersama pemimpin UMNO.