SEMBANG TAK MAU JATUH: SELAMA NI JANJI PEMBOHONG SAJA. MUNGKIN PAS BERTANDING SEMUA KERUSI DUN MELAKA..??

 

MUNGKIN PAS BERTANDING SEMUA KERUSI DUN MELAKA..??

Jentera PAS tidak dinafikan, memang mampu berhimpun untuk menggertak. Tetapi jentera tersebut tidak mampu menarik majoriti rakyat Malaysia memilih PAS sebagai parti tunjang. PAS seolah berada dalam dilema. Samada mahu bersama UMNO (presiden mahu ke Jerman) atau dengan BERSATU (kekal menentang YB Mahkamah). Dengan dakyah berterusan mendalam terhadap DAP, PAS semestinya malu tersipu jika mahu bersama PH. Tambah lagi dengan adanya Amanah.
YB PAS sendiri pada harini dilihat lebih kepada mengikut telunjuk dan segala suara lantang mereka semasa pembangkang sudah dijahit rapi. Malah, reputasi terburuk YB Takiyuddin semasa menjadi menteri undang-undang sudah memberi impak negatif terhadap kemampuan YB PAS dalam memimpin kerajaan.
Sekiranya PAS juga memilih bertanding semua kerusi DUN Melaka, maka pertaruhan 4 penjuru besar menjadi sejarah pertama. Bersatu, BN, PAS & PH. Kami melihat PH akan mendominasikan majoriti undian. Sekiranya PAS memilih bersama PN dan pertaruhan 3 penjuru berlaku, kami melihat PH & PN mungkin akan mendominasi. BN dengan isu terbaru royalti pasir, kepimpinan diketuai kluster mahkamah, itu semua akan membuatkan rakyat lebih selesa memilih PN atau PH berbanding BN.
Kami melihat sekiranya pertembungan PH, PN & BN. PN kemungkinan akan mendapat tambahan sokongan dan BN secara perlahan akan beransur hilang dari sokongan rakyat berikutan kluster mahkamah yang kekal bermaharajalela dalam UMNO. Tidak mustahil sokongan melayu akan beralih kepada BERSATU dan UMNO akan tinggal kenangan.
Malaysiakini | PAS masih belum menetapkan kedudukan sebenar mereka jika parti itu berdepan dengan pilihan di antara Umno dan Bersatu dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka kalau ia berlangsung tidak lama lagi.
Dihubungi Malaysiakini hari ini, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perkara itu masih belum diputuskan kerana perbincangan mengenainya masih berjalan.
"Kami nak lihat pendirian Muafakat Ummah yang PAS bawa (sama ada) diterima atau sebaliknya," katanya.
Anggota Parlimen Kubang Kerian itu memberi respon ringkas ketika ditanya adakah PAS bersedia menggunakan formula menyokong calon parti penyandang di mana-mana kerusi yang dipertandingkan di Melaka.
Ia menjadi perhatian kerana kedudukan PAS sebagai parti komponen Perikatan Nasional (PN) dan pada masa sama menandatangani piagam secara rasmi dengan Umno untuk membentuk Muafakat Nasional.
Keadaan boleh menjadi rumit kerana boleh dikatakan semua kerusi yang ditandingi Umno pada PRU ke-14 lalu juga mempunyai calon dari Bersatu.
Hubungan Umno dan Bersatu pula buat masa ini adalah tegang.
Bagaimanapun untuk rekod tidak dapat dipastikan sama ada "Muafakat Ummah" yang dimaksudkan Tuan Ibrahim itu merujuk kepada konsep penyatuan ummah yang dibawa PAS bagi mempertautkan Umno dan Bersatu.
Permintaan lanjut Malaysiakini untuk mendapatkan penjelasan "Muafakat Ummah" itu tidak mendapat reaksi daripada Tuan Ibrahim setakat ini.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan secara mengejut pada 4 Okt lalu selepas ketua menteri Sulaiman Md Ali kehilangan sokongan majoriti untuk meneruskan pentadbiran.
Ia berlaku apabila empat Adun yang sebelum ini berada dalam kerajaan menarik sokongan daripada Sulaiman.
Sebagai rekod setakat ini Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sudah memberi kata putus bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan Bersatu.
Sementara itu Tuan Ibrahim yang juga Menteri Air dan Alam Sekitar berkata, buat masa ini PAS memberi tumpuan untuk memperkukuh jentera parti.