AMBIK AZMIN ZURAIDA MASUK...DEPA PAKAR MELOMPAT...CUBA TANYA AZMIN....

 

Parti Kuasa Rakyat mesra kerajaan, tapi tiada kaitan PM, kata Kamarazaman




Kamarazaman Yaakob berkata, penubuhan Parti Kuasa Rakyat dirancang sejak beliau menuntut di Universiti Malaya lagi dan ia tidak pernah dibincangkan dengan adiknya, Ismail Sabri Yaakob.

KUALA LUMPUR: Parti Kuasa Rakyat yang dilancarkan hari ini adalah mesra kerajaan, tetapi Presiden Penajanya, Kamarazaman Yaakob berkata, penubuhannya tiada kaitan dengan adiknya yang juga Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Katanya, penubuhan parti itu juga tiada kaitan dengan bekas pemimpin PKR, Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin.

“Azmin, Zuraida bersama Bersatu sekarang dan dipimpin Muhyiddin Yassin, mereka tak bersama kami,” katanya pada sidang media selepas pelancaran parti itu.

Beliau berkata, penubuhan parti baharu itu dirancang sekian lama, sejak beliau menuntut di Universiti Malaya lagi dan ia tidak pernah dibincangkan dengan Ismail.

“Tidak ada kaitan (dengan Ismail), tak timbul soal restu tak restu, ia adalah perjuangan saya sejak dari kampus lagi.

“Keputusan saya, tindakan saya tidak pernah mengikut jalur pemikiran Perdana Menteri, tapi kami ada kesamaan kerana kami datang daripada anak seorang penoreh getah, sebab itu fokus parti kami (parti baharu) kepada nasib orang susah.”

Katanya, penubuhan parti itu bertujuan memudahkan agendanya bagi memperjuangkan kepentingan golongan B40, M40, rakyat marhaen, alam sekitar, keadilan sosial dan hak asasi manusia.

“Sebab untuk dapatkan rumah percuma bagi rakyat miskin atau pendidikan percuma tidak mungkin terhasil kalau tak mesra kepimpinan kerajaan hari ini.”

Beliau berkata, partinya belum menyasarkan jumlah kerusi yang akan ditandingi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), sebaliknya mereka mahu melihat penerimaan rakyat terhadap parti itu terlebih dahulu.

Katanya, pihaknya juga belum memutuskan sama ada akan bersama Barisan Nasional, Perikatan Nasional atau gabungan lain untuk menghadapi PRU15.

“Di peringkat awal, kita dekati rakyat dahulu, perkenalkan parti, soal PRU kita akan masuk atau tidak bergantung kepada sokongan dan penerimaan dan kajian pengundi adakah mereka terima kami.”

Beliau tidak menolak kemungkinan menerima wakil rakyat yang melompat parti, dengan syarat ia perlu seiring dasar perjuangan mereka.

No comments: