MSO : ABDUL HADI TELAH DIRASAI BERMASALAH


Menafsir laporan video berkaitan dengan kerisauan seorang pemimpin tertinggi Pas terhadap sikap presidennya Abdul Hadi Awang, seperti ada kebenarannya. Sebenarnya kerisauan seperti dimaksudkan itu sudah lama berlaku dalam Pas. Sesetengah ahli Pas termasuk pemimpin tidak senang dengan Hadi berpolitik yang lebih bersikap veto daripada bermesyuarat dan tidak istiqamah dengan satu keputusan.
Cuma ahli dan pemimpin lain tidak berani sanggah kerana punyai kehormatan dan sanjungan tinggi kepada Hadi. Title Hadi sebagai ulama digeruni oleh mereka walaupun pendirian politik Hadi bersalahan dengan ajaran agama dipercayainya. Apa lagi dalam Pas ada yang melihat Hadi pokok keramat yang tidak boleh disentuh, kalau sentuh sakit perut.
Satu perkara lagi, ada sikap "malas basa", atau malas untuk bertengkar dengan Hadi.. dikatakan kerana cara itu dianggap sebagai tidak sopan. Namun mungkin kerana pemimpin tertinggi Pas itu melihat pendirian Hadi salah maka diberanikan juga diri untuk bersikap bertentangan dengan Hadi demi Pas.
Puncanya kerana Umno dan Bersatu. Ada yang berpendapat Pas patut berkolaborasi dengan Umno berbanding dengan Bersatu. Ada yang lain pula mahukan dengan Bersatu berbanding dengan Umno.
Kedua-dua ada hujah dan alasan masing-masing. Dan kedua-duanya bersetuju Pas bergabung dengan salah satunya demi masa depan Pas. Pas terpaksa memilih satu daripada dua, kerana tidak mungkin Pas dapat makan ekor dan kepala sekaligus. Trims.

No comments: