Mahiaddin mendakwa tindakannya meninggalkan Pakatan Harapan
(PH) kerana tidak tahan dengan tuntutan DAP dan PKR yang tidak begitu sesuai
dan bercanggah dengan tuntutan agama, bangsa dan negara.
“Saya tidak kisah dituduh pengkhianat kerana saya tidak boleh
mengkhianati bangsa, agama dan negara.]
Habis tu, yang pergi tubuh kerajaan haram dgn parti yg paling
korup sekali atas bumi ini bersama Parti Ajaran Sesat yg dia sendiri namakan, apa
halnya? Kesudahannya, dia yg kena kena tendang dari jawatan PM oleh Umno yg
didakapinya.
Ada nasib dan kedudukan Melayu dan agama Islam terbela masa dia
jadi PM? Yang semakin miskin siapa? Yang tambah kekerapan cabutan khas judi
dari 8 ke 22 kali setahun, Islam sangat ke?
Apa agaknya modal kempen dia untuk PRU ini. Nak kata dia nak
lawan rasuah? Cerminlah muka dulu. Jangan jadi kartun sangat.
Yang beri kontrak Bestarinet bernilai RM4 bilion untuk sediakan
akses internet ke sekolah2 luar bandar kpd YTL waktu dia jadi Menteri
Pendidikan yang gagal dilaksanakan hingga berjaya dan kemudian ditamatkan oleh
Maszlee waktu kerajaan PH memerintah, siapa?
Yang berdakap dengan parti paling korup untuk tubuh kerajaan
tebuk atap, siapa? Yang buat "scheme of things" bagi jawatan2 lumayan
kpd ahli2 parlimen supaya sokong dia jadi PM, siapa? Itu bukan rasuah ke?
Kemudian yang lantik Peguam Negara tak reti buat kerja dan Speaker Parlimen
munafiq tu siapa?
Yang menyebabkan seluruh Msia menghadapi masalah pandemik Covid
naik mencanak dengan kematian berpuluh-puluh ribu orang serta lumpuh ekonomi
negara akibat PRN Sabah yg diadakan kerana hendak ditawan, siapa? Yang tak
boleh kawal menteri2 kabinet sendiri mengamalkan dasar double standard bebas
langgar peraturan PKP tanpa dihukum berbanding rakyat marhaein yang ditekan
habis2an, siapa? Yang tutup Parlimen berbulan-bulan atas alasan Covid padahal
takut hadapi undi tak percaya, siapa?
Janganlah guna alasan nak lawan rasuah dalam kempen PRU nanti.
Dan jangan juga cuba bagi tahu rakyat yg kamu tu PM yang pandai tadbir negara
padahal semakin huru-hara hidup rakyat dibuatnya. Inilah PM yang betul2 tak
guna satu sen tapi masih berangan nak jadi PM sekali lagi walaupun telah gagal
segagal-gagalnya. Itu pun tokoh2 agama sokong jugak. Nak muntah dibuatnya.
manan R