Che Ibrahim
Kesalahan membunuh dalam Islam ada 3 jenis:
1. Bunuh dengan sengaja (القتل العمد)
Iaitu menyebabkan kematian dengan niat dan dengan cara yang boleh membunuh.
2. Bunuh Separa Sengaja ( شبه ا العمد )
Iaitu seuatu perbuatan yang sengaja dilakukan tetapi bukan niat membunuh atau dengan cara yang sepatutnya tidak mati, tiba tiba mangsa mati seperti tampar di muka, tiba tiba mangsa rebah, kepalanya terhantuk di batu dan mati.
3. Bunuh tanpa niat (القتل الخطأ)
Ianya menyebabkan kematian tanpa niat Dan dengan perbuatan yang tidak sengaja seperti bayi lemas kerana tertindih "kopek besar", tertembak rakan sendiri semasa berburu, kemalangan jalanraya dll.
Hanya kematian di perenggan (1) yang sahaja yang boleh dikenakan hukuman qisas @ bunuh balas. Adapun kematian (2) dan (3) hanya dikenakan hukuman takzir dan diyat.


No comments:
Post a Comment