Ahmad Mursi
Awalnya Ahad lepas, Wong Chen hanya kata, jika kerajaan bayar tol di Hormuz, kena dedahkan kepada rakyat.
Wong Chen ni salah sorang MP yang bersama Rafizi.
Soalan itu kemudian pembangkang ambil sebagai fakta bahawa kerajaan bayar tol.
Duta Iran pula menyatakan, Malaysia tak perlu bayar tol.
Bermula sebagai andaian, dipetik berita, ditukar jadi 'fakta', kini jadi naratif fitnah pembangkang.
Sejak semalam, pembangkang sebar fitnah bahawa PMX mengakui RM8 juta tol dibayar, dan PMX berbohong.
Saya tak jumpa langsung mana² sumber berita, ucapan rasmi, PMX sebut begitu dengan angka itu.
Tapi seperti biasa, bagi pembangkang, fitnah itu tak berdosa.
Sepatutnya, kita semua rakyat Malaysia bersatu hadapi krisis besar dunia pada waktu ni, bukan cetuskan fitnah.
Jika kritik hal yang secara faktanya betul, tidak mengapa. Tapi fitnah itu direka sebagai fakta.
Hari ni, Wong Chen baru akui, dia sekadar bertanya, bukan kata kerajaan dah bayar tol tu seperti pembangkang sebar.





No comments:
Post a Comment