WAN PAIZAL CABAR YB RAFIZI! SEORANG KENA GANTUNG & HADI MALAS MASUK PARL...



Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencabar Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli merangkap Menteri Ekonomi untuk debat secara langsung di saluran TV arus perdana. Wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) itu menolak untuk debat menerusi audio siar (podcast) seperti pelawaan awal Rafizi. “Buat apa podcast. Saya mahu debat live di TV arus perdana macam Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman dapat lawan Rafizi. “Bring. It. On. Kita debat pasal auta cetak duit dan MAHB-BlackRock. Bawa Fahmi Fadzil pun tiada masalah. 2 lawan 1,” cabarnya. Wan Fayhsal berkata demikian sebagai reaksi terhadap ciapan pengguna X, @Jaiyen_nakal yang menyatakan kemungkinan bakal dialami pemimpin pembangkang itu jika menyertai audio siar dikendalikan Rafizi itu. “Ada sebab Wan Fayhsal tak berani masuk podcast Rafizi Ramli. Syahir lawan debat dengan Rafizi, orang boleh nilai yang Syahir tu useless. “Lim Sian See (LSS) masuk podcast Rafizi, kantoi yang LSS tu taklah bijak pun. Kalau Wan Fayhsal masuk podcast Rafizi, mahu kalah pemilihan Bersatu nanti,” tempelaknya. Bagaimanapun, rata-rata warganet dilihat mengecam Wan Fayhsal termasuk berkongsikan gambar Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu itu yang terlalu tunduk membaca gajet semasa bersiaran dalam Dialog Tiga Penjuru di Astro Awani. Wan Fayhsal dilihat terlalu tunduk menumpukan perhatian kepada gajet semasa pernah bersiaran di Awani. “Tunduk lain macam. Itu pun ada hati mahu debat tv airtime,” getus Zuwairi Md Yusof “Tengok yang kiri terpaling hebat berhujah tu. Asyik dengan telefon dan tablet sendiri saja. Fakta ke laut,” kata @ap_aHFOD. “Pergi je lah dulu podcast tu. Banyak pulak mengelatnya. Kalau prestasi memberangsangkan, baru layak pergi TV. Kalau level macam Syahir je, just stay at podcast je lah. Jangan bazirkan wang kerajaan,” kata @StratcommPMX. ============================================================================= Tan Sri Abdul Hadi Awang dihujani kecaman orang ramai termasuk diingatkan tentang kekerapannya tidak menghadiri sidang Parlimen ketika Presiden Pas itu dilihat sekadar ‘sembang’ mengenai genosid di Palestin. Menerusi kenyataan di platform X, Ahli Parlimen Marang itu berkata, penentangan terhadap penjajahan menjadi fardu ain kepada setiap rakyat apabila negara diceroboh dan dizalimi. “Maka, kita wajib menunaikan tanggungjawab ini dengan melibatkan diri sama ada dengan kewangan, media, mahupun doa kepada para penduduk dan syuhada Palestin. “Percayalah, apa-apa yang berlaku merupakan ujian daripada Allah yang menjanjikan kemenangan buat umat Islam. “Tiada sesiapa yang boleh memberikan pengajaran kepada kaum Yahudi yang membunuh para nabi dan rasul selain umat Islam,” katanya. Walau bagaimanapun, rata-rata komentar yang membanjiri hantaran tersebut menempelak ahli politik yang terkenal dengan Amanat Hadi di Banggol Peradong, Terengganu pada April 1981 itu. “Ni (sertai himpunan memperjuangkan Palestin) rajin pula. Parlimen bukan main ponteng,” kata pengguna X, @klubstatement. “Sebenarnya kau bukan nak pertahankan pun tanah Gaza tu. Lebih kepada menunggang isu Palestin,” kecam @ijam_rahim1744. “Kapal Isra-hell lalu buat tak tau je 33 bulan,” tempelak @namzaron77 pula. Hadi umum dikenali sebagai Ahli Parlimen yang memang ‘liat’ menghadiri sidang Dewan Rakyat. Semakan Harapandaily menerusi pangkalan data MyMP mendapati, Hadi hanya menghadiri 54 kali daripada 162 sesi persidangan Parlimen sejak 26 Julai 2021. Ini bermakna kemunculan pemimpin Pas yang digelar ‘Tuan Guru’ oleh penyokong parti itu di Parlimen cuma 33 peratus daripada keseluruhan sesi persidangan. Dalam masa sama, warganet turut berkongsikan semula kenyataan Hadi ketika Pas sebahagian daripada kerajaan Persekutuan pada 2021.