𝗔𝗽𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗔𝗴𝗮𝗺𝗮 𝗕𝗲𝗿𝗳𝗶𝗸𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶?




Dalam sejarah pepecahan ummah, tokoh agung akidah Ashairah iaitu Ibn Tumart merupakan antara penumpah darah terbesar dalam sejarah Umat Islam. Dia telah membunuh sesiapa sahaja di bawah pemerintahannya yang enggan menerima tafsiran akidah Ashairah yang dia pegang. Ashairah dijadikan undang-undang negara. Ratusan ribu nyawa Umat Islam menjadi korban. Pelbagai dakwaan pelik untuk mengukuhkan pemerintahannya dibuat seperti karamah, wali, Mahdi, tarekat dan lain-lain. Buku beliau sudah mula dicetak dan diedarkan di Malaysia oleh aktivis yang terlibat memperjuangkan idea sempit ini.


Soalan kita, apakah Menteri Agama hari ini ingin membawa Malaysia ke zaman Ibn Tumart dengan menjadikan tafsiran Islam yang bersifat sektarian menguasai pentadbiran negara moden ini? 


Menteri Agama sepatutnya membawa agenda keluasan dan kesederhanaan yang selaras dengan idea Madani. Malangnya beliau seakan sedang membawa negara ini ke kancah kafir-mengkafir, sesat menyesatkan seperti yang pernah dilakukan oleh Ibn Tumart. 


Apa kata jika media rasmi Kerajaan memberi ruang saya berdialog dengan Menteri Agama secara terbuka disaksikan rakyat tanda beliau berupaya mempertahankan ideanya?


Dr. MAZA