KEADILAN JANGAN JADI 'PENGUTIP SAMPAH' DENGAN MENGUTIP KJ. SUATU KETIKA DULU KUTIP SAPA SAJA YANG NAK MASUK..KEMUDIAN TAK DAPAT JADI CALON KELUAR SEMULA...

 


Memang telah dijangka, KJ akan dipecat oleh Umno. Salahnya bukan sedikit. Dia dipecat bukan kerana perbezaan pendapat atau tidak menyokong keputusan PAU baru-baru ini yang menetapkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak dipertandingkan. Bukan sebab itu.

KJ dipecat kerana memburukkan presiden dan partinya sendiri sewaktu di dalam kempen PRU15 yang lalu. Meskipun beliau diberikan watikah oleh Presiden Umno, Zahid Hamidi untuk bertanding di Parlimen Sg Buloh, namun di dalam kempen beliau secara terang-terang beliau memburukkan Presiden dan partinya sendiri sehinggakan bukan sahaja beliau tewas di Sg Buloh, tetapi menyebabkan beberapa calon dari Umno/Bn turut tewas. Maka, wajar sangatlah parti beliau memecatnya.

Peliknya, mengapa ada suara-suara sumbang di dalam parti Keadilan mahu mengutip orang seperti ini? Jika parti yang bapa mertuanya sendiri pernah jadi Presiden dan beliau sendiri puluhan tahun bersama parti tersebut sanggup beliau hina, apa jaminan beliau tidak boleh lakukan kepada parti Keadilan nanti? Di dalam parti Keadilan ini pun masih ada saki baki yang pernah kutuk dan hina Presiden tetapi masih terselamat, maka tidak perlulah kita tambah lagi orang seperti ini.

KJ juga telah menempa nama yang buruk di mata rakyat terutamanya sewaktu beliau menjadi menteri di KKM di bawah kerajaan tebuk atap sebelum ini. Isu vaksin sewaktu Covid banyak kontroversi yang hingga kini dipersoalkan. Apakah Keadilan mahu memikul biawak hidup? KJ sedikit pun tidak akan membantu memperkuatkan Keadilan bahkan Keadilan akan terpalit dengan sejarah hitamnya.

Saya harap Keadilan tidak perlu jadi 'pengutip sampah' . Jangan pelihara 'musuh' kawan kita di dalam rumah kita. Hormatilah kawan kita sebagaimana kita mahu kawan kita hormati kita.

WFAUZDIN NS