NORMAN RADZUAN
POLITIK KEMBALI TENANG DAN PN KEMPUNAN
Bila KJ dipecat dan Hishamuddin digantung keahlian
MAHATHIR & NAJIB LEBIH KEJAM DARI ZAHID
Apakah tindakan Zahid ini kejam? Sebenarnya Zahid tidak sekejam
mana kerana Mahathir dan Najib jauh lebih kejam dari Presiden UMNO ini.
Dlm politik anda perlu tahu tentang falsafah ini, “Samada kamu
mati atau aku mati.” Jadi seseorang ketua kena ‘bunuh’ atau mematikan karier
politik pesaingnya apabila melihat cuba mencabar kedudukannya.
Itu tindakan yg dilakukan oleh mana2 pemimpin politik di seluruh
dunia kpd persaing2 mereka. Jadi ia bukan sesuatu yg baru, luar biasa dan
kejam.
Mahathir sepanjang menjadi Perdana Menteri beliau telah memecat
atau mematikan karier politik ramai pesaing politiknya.
Musa Hitam, Ku Li, Anwar , Pak Lah dan Najib adalah antara
mangsa campurtangan Mahathir. Malah Anwar bukan sahaja dipecat malah
dipenjarakan hingga hilang jawatannya sebagai TPM.
Najib juga melakukan perkara yg sama terhadap Muhyiddin Yassin
hingga hilang jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO dan TPM.
Malah kpd musuh politik yg dilihat mampu menjatuhkan
kerajaannya…Anwar juga ke penjara di era beliau menjadi PM. Oh lupa Mat Sabu
juga tersungkur juga.
Pandangan saya tindakan Zahid ini tepat demi kelangsungan
politiknya. Apa implikasi pemecatan KJ dan pergantungan keahlian Hishamuddin?
Ya mungkin sebulan dua ini kecoh seketika tetapi saya tidak nampak ia akn
memberi kesan yg besar kpd UMNO.
Apatah lagi KJ bukan Timbalan Perdana Menteri, bukan Timbalan
Presiden UMNO, bukan Menteri dan wakil rakyat. KJ hanya ahli biasa UMNO…yg luar
biasa mengenainya dia sgt diminati oleh ramai kaum wanita kerana pakej ‘tall
dark and handsome’ yg ada pada dirinya.
Tanya saya.. KJ tidak akn berdiam diri. Saya jangkakan beliau
akn menyertai Bersatu utk meneruskan kesinambungan politiknya walaupun
karektornya sesuai bersama PKR.
Apa pilihan yg ada walaupun dia amat sayang kpd UMNO. Dia
bersama PN dan mungkin fokus utk menjadi MB N9 atau Selangor. Utk jangka
panjang KJ ini sgt bahaya utk masa depan kerajaan perpaduan.
KJ seorang politician yg bijak dan berkarisma. Ia terbukti
apabila beliau hampir berjaya menenangi Parlimen Sg Buluh yg sebelum ini ia
adalah kerusi PKR yg mempunyai majoriti yg sgt besar.
Gerak Annuar Musa, Shahidan Kassim, KJ, Hishamuddin, Noh Omar,
Shahril Hamdan serta mereka yg dilihat pro team B seperti Ismail Sabri dan
Johari yg masih berada di dlm parti UMNO jgn dipandang sebelah mata. Saya yakin
yg tercampak ini akn bekerjasama dgn PN pada PRN dijangka 5 bulan lagi.
Yg pastinya politik negara kembali tenang. Anwar tersenyum
lebar, Zahid berasa tenang dan Muhyiddin kempunan. So sekarang kita boleh fokus
kembali kpd Malaysia Madani.
Insyallah slogan Madani ini akan menjadi gagasan baru Kerajaan
Perpaduan pimpinan DS Anwar. Madani yg membawa maksud maju dari segi pemikiran,
kerohanian dan kebendaan (masyarakat, generasi dan sebagainya).
Silapnya Madani ini sebab kita tidak meminta bless dari Yg
Berbahagia Tan Sri Tuan Guru. Jadi timbullah pelbagai dalil yg dulu dirinya
sendiri menyebut Madani. Ok kita tenang2 aja… Tenang itu menang.