Perumahan bagi menempatkan rakyat dalam kategori B40 agak kronik
apabila pemintaan melebihi penawaran pada julat yang agak besar.
Ahli Parlimen P Prabakaran (PH - Batu) bertanya kepada Timbalan
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengenai keupayaan agensi di
bawah kementerian berkenaan menyediakan rumah bagi rakyat yang tidak mampu
membeli rumah yang dibangunkan oleh sektor swasta.
"Dengan kadar inflasi harga barang naik, kadar ekonomi
merosot, peluang pekerjaan rendah saya rasa semakin hari kita dapati (semakin
banyak) rakyat Malaysia memohon rumah PPR dengan kerajaan
"Saya ada satu fakta, DBKL telah menerima 9,948 permohonan
untuk menyewa unit perumahan awam dan perumahan rakyat pada 2019 hingga Ogos
lalu.
"Dalam 1 setengah tahun ada 9,000 permohonan di Kuala Lumpur
sahaja dan sebanyak 1,547 diluluskan, bakinya tidak tahu apa statusnya. Adakah
mereka ada rumah atau tidak kita tidak tahu?
"Apakah tindakan KPKT untuk membantu pemohon seperti ini
supaya mereka dapat rumah dari kerajaan?" tanya Praba.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ismail
Mutalib bagaimanapun berkata, di Malaysia ada 15 agensi yang terlibat membina
rumah, termasuk Kementerian Wilayah, Kerajaan Negeri dan pihak swasta. Beliau
beranggapan permohonan di Wilayah itu khusus untuk rumah PPR.
Jelasnya, pada 5 tahun ke hadapan KPKT telah merancang membina
500,000 rumah mampu milik untuk seluruh rakyat.