CUBA DATUK SRI TANYA KENAI KA DAK BUDAK NAMA FAIZAL AZUMU- DIA PUN HERO JUGA PEE ISRAEL SANA. PERANG TAK TAU LA..TAPI MENGAKU PEE SAMPAI SANA

Menerima panggilan telefon daripada TYT Mahmoud Abbas, Presiden Palestin bagi merakamkan ucapan tahniah sempena pelantikan saya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Kami mengulangi kesediaan untuk memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Palestin di dalam pelbagai lapangan termasuk perdagangan, hubungan sesama rakyat serta pendidikan.

Saya juga menzahirkan simpati atas nasib yang menimpa rakyat Palestin dan menegaskan komitmen serta solidariti berterusan Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan Palestin dari cengkaman Zionis Israel.

Di bawah pentadbiran saya, Malaysia akan kekal teguh dalam perjuangan untuk menamatkan penderitaan berpanjangan rakyat Palestin dan mengembalikan keamanan, kebebasan dan kemerdekaan Palestin.

 

0:00 / 6:32

No comments: