Semasa rundingan permohonan BERSATU nak masuk PH dulu tahun 2016, saya dan sahabat-sahabat yang mewakili PKR dalam Majlis Presiden berkeras BERSATU hanya diterima sebagai sekutu pilihanraya (bukannya anggota PH) supaya keputusan PH tidak kacau bilau.
Yang berkeras mahukan BERSATU sebagai anggota PH adalah pimpinan AMANAH dan DAP, dengan alasan PKR tidak kuat dan berpecah. Perangai Azmin dijadikan alasan PH perlukan pimpinan baru dari BERSATU kerana kononnya kami tidak kuat untuk mendisiplinkan Azmin yang mahu bersama-sama PAS.
Pada satu ketika, kata dua diberikan kalau PKR tetap berkeras, wajarlah PKR tidak lagi bersama PH kerana AMANAH dan DAP sudah buat keputusan menerima BERSATU.
Demi mengekalkan PH, kami terpaksa bersetuju dengan syarat ada perjanjian ketat.
Itulah latar belakang kacau bilau. Perjanjian ke laut, strategi “lonjakan yang dibawa BERSATU” juga ke laut sebab BERSATU melonjak katak 🤣
Sekarang alasan yang sama digunakan pimpinan AMANAH, konon Idris Harun dan lain-lain akan bawa lonjakan di Melaka.
Masalahnya mereka berkokok di dalam mesyuarat PH kerana dalam PH, parti besar mana pun bila menjadi anggota ada undi yang sama.
Diluar mereka senyap kerana sudah jadi amalan yang akan kena hentam PKR yang selalu kena jawab diluar.
Sudah sampai masanya Presiden AMANAH dan Pengerusi AMANAH Melaka pula cuba meyakinkan pendokong PH diluar ini kot belah mana kemasukan katak-katak politik akan memberi lonjakan yang boleh memenangkan PH di Melaka.
Ini hujah kuat berdegar-degar dalam mesyuarat PH tapi tidak cukup berdegar-degar di luar.
Kalau saya, kena sekali cukuplah. Sampai mati saya takkan lupa pengajaran itu sebab kalau kena dua tiga kali atas kesilapan sama, namanya ”kurang cerdik” 🤣