UM universiti ke-13 terbaik Asia
Universiti Malaysia (UM) telah melonjak ke kedudukan ke 13 dalam rangking kedudukan pusat pengajian tinggi di Asia dan di kedudukan pertama dalam negara.
Menteri Pendidikan Maszlee Malik, membuat pendedahan itu di Dewan Rakyat hari ini berdasarkan laporan terbaharu dikeluarkan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings.
“Kedudukan UM buat pertama kalinya di dalam sejarah berada pada kedudukan pertama di Malaysia dan ke-Asia, berbanding kedudukan 24 pada 2018.
“Pertumbuhan ketara bagi Unversiti Teknologi Mara (UiTM) yang pada kedudukan ke 158 pada tahun 2018 kepada 119 bagi tahun 2020.
“Universiti Malaysia Pahang (UMP) daripada 290 bagi tahun 2018, meningkat kepada 134 bagi tahun 2020,” katanya ketika menjawab persoalan dikemukakan Aaron Ago Dagang (GPS-Kanowit).
Aaron sebelumnya minta menteri pendidikan menyatakan jumlah menyatakan jumlah universiti dan pelajar di Malaysia pada tahun 2019 (public & private universities) dan ranking universiti-universiti ini di peringkat global mengikut “Global Higher Education Ranking System).
Tambahnya Maszlee, sejarah baru bagi universiti awam itu tercapai selepas proses pembaharuan dilakukan kerajaan sejak Jun tahun lalu.
Selain itu tambahnya, UM juga kini disenaraikan antara 70 universiti terbaik di dunia.
Sebagai rekod pada tahun lalu, UM hanya berada di tempat ke-114 secara keseluruhan.
“Empat lagi universiti awam juga berjaya menunjukkan peningkatan yang membanggakan, telah berjaya menempatkan dalam 100 universiti terbaik dunia berbanding tahun 2018.
“Sebagai contoh Universiti Putra Malaysia (UPM) di kedudukan ke-159, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di kedudukan ke-160, Universiti Sains Malaysia (USM) di kedudukan ke-165 dan UiTM di kedudukan ke-217,” katanya.