SEBELUM TUDUH DAP, LIHAT DULU APA KATA MCA TENTANG ABU MAYAT CHIN PENG



Petikan kenyataan MCA pada tahun 2013 lagi;

Putrajaya perlu membenarkan abu mayat Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya Chin Peng di bawa masuk ke Malaysia demi menghormati Perjanjian Hatyai, kata MCA.

Naib Presiden parti komponen Barisan Nasional (BN) itu, Gan Ping Siew menegaskan, masyarakat antarabangsa akan memandang serong terhadap Malaysia sekiranya terus melarang abu mayat Chin Peng di bawa masuk ke negara.

"Kubur Karl Marx sekali pun ditempatkan di tengah ibu kota London walaupun empayar British menderita akibat ideologi Komunis yang dibawanya," kata Gan merujuk kepada pengasas ideologi komunis itu.

Tindakan diambil Putrajaya itu menurut Gan hanya akan menambah derita negara ketika pendudukan komunis di negara ini dan rakyat akan terus terseksa dengan bisa peperangan terdahulu.

"Perjanjian Damai Hatyai memperuntukan jaminan kerajaan terhadap mereka yang meletakkan senjata...ia seharusnya turut terpakai terhadap mendiang Chin Peng," kata Gan lagi dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi, meskipun Jepun pernah menjajah Malaysia suatu ketika dahulu, negara ini tetap mengadakan hubungan diplomatik dengan negara itu dan mengapa tidak dengan Chin Peng.

Semua agama tegas Gan menuntut penganutnya mengamalkan budaya memaafkan.

Putrajaya sebelum ini menolak gesaan agar abu mayat pemimpin Komunis itu di bawa ke negara ini.

No comments: