Dewan kecoh: ‘Itu manifesto lama! tiada parti janji mansuh PTPTN’


Dewan Rakyat gamat seketika apabila Chong Zhemin (PH-Kampar) membidas kenyataan Ronald Kiandee (PN-Beluran) mengenai janji menghapuskan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Chong bangkit lalu mendakwa Ronald berbohong dan perkara yang dibangkitkan merupakan isu lama dan bukan manifesto terkini iaitu pada Pilihan Raya Utama ke-15.