ANWAR AKAN BERTEMU SHIEKH AZHAR.

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi akan mengadakan pertemuan dengan Sheikh Al-Azhar iaitu Al-Imam Al-Akbar Sheikh Profesor Dr Ahmed Mohammed Al-Tayyib dalam masa terdekat.



Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau berkata, ini sebagai ikhtiar untuk membangunkan kefahaman dan tradisi keilmuan yang boleh membugar kekuatan dalaman umat Islam.


Anwar berkata, rancangan itu dibincangkan pada perjumpaan beliau dengan Setiausaha Agung Majlis Hukama’ Muslimin Muhamed Abdul Salam di Putrajaya pada Isnin.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com

#AWANInews