TEMURAMAH BERSAMA BALA-MALAYSIA TODAY PART 1

[Episod 1] RPK Speaks His Mind : Surat Sumpah Altantuya







Apakah yang sebenarnya terjadi selepas 48 jam PI Bala mengeluarkan akuan bersumahnya pada 3 Jualai 2008? Kenapa pula beliau kemudiannya menandatangi akauan bersumpahnya yangkedua. Dan kemana pula beliau menghilangkan dirinya selama setahun selepas beberapa jam beliau menandatangani akuan bersumpah beliau yang kedua?dan yang mana satukah di isi dengan kerelaan hatinya sama ada yang pertama atau yang kedua?Malaysia Today akan menjelaskan kepada anda apakah yang berada dalam fikiran seluruh rakyat Malaysia sejak sekian lamanya.




THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin

Q 1. Selepas anda membuat kenyataan akhbar di pejabat PKR pada 3 Julai 2008 , anda kemudiannya telah kembali ke pejabat peguam anda di mana anda berada di sana sehingga 4.30 petang







A. Ya.betul




Q 2. Siapa bersama anda di pejabat peguam pada masa tersebut?







A. Peguam saya Americk Sidhu, ASP Suresh dan bekas pembantu saya Suras Kumar.




Q 3. Pukul berapa anda meninggalkan pejabat peguam tersebut?







A. Lebih kurang 4.45 pm. Saya meninggalkan pejabat bersama ASP Suresh dan Suras Kumar.

ASP Suresh meletakkan keretanya di tingkat bawah pejabat manakala Suras mengunakan motosikalnya sendiri.



Q 4. Kemana hasrat anda untuk pergi selepas tu?



A. Saya ada perbincangan melalui teloefon dengan ASP Tonny dari ibu pejabat polis Brickfields awal petang tersebut . Dia mahu berjumpa saya dan berbincang mengenai isi kandungan kenyataan akuan bersumpah saya yang pertama, yang mana telah saya dedahkan kepada umum melalui kenyataan akhbar saya pada sebelah paginya.Beliau menyatakan kepada saya bahawa beliau tidak bekerja pada hari tersebut dan mahu berjumpa saya pada jam 6.30 petang dan berjumpa secara formal di tempat "ikan Bakar"berdekatan dengan balai polis.Saya setuju .ASP Suresh akan memandu saya ke situ selepas meninggalkan pejabat peguam saya.



Q 5. Apakahsebabnya beliau mahu bertemu anda dan apakah yang mahu di bincangkannya?



A. Dia menyatakan rasa agak gembira dan dalam masa yang sama juga beliau adalah pegawai yang terlibat dalam kes siasatan terhadap kematian Altantunya dan secara tidak langsung telah terlibat dengannya .Saya jangkakan bahawa beliau hanya sekadar mahu berbual dengan saya .


Q 6.Jadi anda pernah berjumpa beliau sebelum ini?

A. Ya, beliau pernah menyiasat saya berhubung dengan kematian model tersebut(semasa kes penyiasatannya)


Q 7. Adakah anda bercadang untuk bertemu ASP Tonny?



A. Tidak sama sekali.Sebenarnya selepas saya meninggalkan pejabat peguam saya,ASP Suresh mencadangkan kepaa saya untuk ke Cheras .Saya maklumkan kepada ASP Tonny ,dan saya tidak dapat melakukannya pada petang tersebut dan saya akan bertemu beliau keesokkannya.



Q 8. Kenapa ASP Suresh hendak ke Cheras?




A. Beliau mempunyai sedikit urusan perniagaan mengenai satu pertemuan dengan penjual barang-barang besi di sana.



Q 9. Siapakah ASP Suresh pada masa tersebut?

A. Beliau adalah pegwai IPK D9 cawangan dan telah di gantung berhubung dengan siasatan dalaman berhubung dengan SPRM.


Q 10. Dimanakah anda pergi selepas meninggalkan Cheras?




A. ASP Suresh perlu ke Rawang untuk membakar sisa wayar.Kami meninggalkan Cheras sekitar jam 7.30 petang dalam perjalanan ke Rawang. Kami masih dalam kereta ASP Suresh.



Q 11. Apakah yang berlaku semasa dalam perjalanan dari Cheras ke Rawang?

A. ASP Suresh menerima beberapa panggilan dari telefon tangannya dari individu yang disyakki Dinesh dan Deepak.Mereka mahukan ASP Suresh mengaturkan satu perjumpaan dengan saya .Pada mulanya ASP Suresh tidak bersetuju dengan sebarang perjuumpaan namun kemudiannya bersetuju bertemu di Bak Kut Teh di Rawang.


Q 12. Adakah anda kemudiannya terus ke kedai Bak Kut Teh tersebut?

A. Tidak , kami terus ke Kuala Garing untuk membakar kabel wayar .Selepas itu kami ke kawasan pembakaran wayar dan juga kabel.Selepas itulah baru kami ke kedai Bak Kut Teh dimana Deepak dan Dinesh sedang menungu kami.




Q 13. Apakah yang ada bincankan?




A. Deepak memulakan perbualan dan cuba memujuk saya supaya menarik balik akuan bersummpah saya yang pertama .Dia juga memaklumkan kepada saya bahawa di luar sana ada sebuah kereta berwarna merah di luar rumah saya di Rawang dan mereka juga tahu anak dan isteri saya berada di dalamnya.



Q 14. Apakah reaksi anda dengan maklumat tersebut?



A. Saya rasa agak tergamam di mana isteri saya ada menlefon saya semasa saya dalam perjalanan ke Rawang bersama ASP Suresh , dimana beliau menjelaskan bahawa ada sebuah kereta berwarna merah yang agak mencurigakan di luar rumah dan orang di dalamnya sedang memerhatikan ke arah rumah kami.Isteri saya di maklumkan oleh jiran sebelah rumah Saya mengarahkan isteri saya supaya mengunci pintu pagar dan rumah serta berada di dalamnya.


Q 15.Apa lagi yang Deepak cakap?

A. Dia kemudianya menceritakan rentang kebangkitan dan kebaikan kerajaan yang akan datang dan betapa baiknya Rosmah.Da juga menyatakan kepada saya bahawa dia baik dengan osmah dan selalu pula Riosmah menguniungi kedainya . Beloau kemudiannya menawarkan RM4 juta ringgit untuk menarik semula akuan bersumpah saya .Saya pada mulanya agak tertarik ,namun ASP Suresh memberi isyarat kepada saya supaya menolak tawaran tersebut. Saya menyatakan bahawa saya tidak tertarik dengan wang , jadi Deepak menyatakan bahawa beliau boleh mengaturkan pembebasaan 5 tahanan Hindraff dari Kamunting dan juga membantu meninkgatkan kemudahan 528 sekolah Tamil dengan lebih sempurna, beliau juga boleh mendapatkan semula kerja buat ASP Suresh dan memberikan beliau RM 4 juta .Beliau juga mahu membawa saya ke Putrajaya dan mendesak saya ,namun saya menlaknya



Q 16. Jadi apa berlaku seterusya?


A. ASP Suresh menyuruh Deepak menaikkan tawaran ke Rm 5 juta dan bersetuju dengannya .Dia juga menyatakan kepada saya bahawa untuk meguruskan bayaran bulanan sebanyak Rm 20,00 sebulan dan jika ada apa lagi keperluan ,untuk saya masukkan dalam satu perjanjian . Beliau kemudiannya membuat beberapa panggilan telefon dan kemudiannya memberitahu ASP Suresh untuk membawa saya ke The Curve berdekatan dengan Damansara Utama.



Q 17. Adakah anda mengadakan tawar menawar perjanjian dengan Deepak?




A. Tidak.Saya tidak menyatakan apa-apa pun . ASP Suresh yang mengaturkan semuanya .Saya lebih bimbangkan leselamatan anak dan isteri saya, dan tidak tahu apa yang akan terjadi dengan mereka.



Q 18.Apa berlaku seterusya?

A. Deepak meninggalkan kami dan adik beliau Dinesh berada bersama kami .Lebih kurang setengah jam kemudiannya, kami beredar dengan kereta ASP Suresh .Dinesh duduk di bahagian hadapan kereta dan saya di bahagian belakang.Kami sampai di The Curve lebih setengah jam kemudian .Pada pada masa itu jam 11.45 malam.

Q 19.Kenapa kamu ke Curve?



A. ASP Suresh memberitahu saya bahawa mereka akan bertemu dengan VIP di situ .Kami kemudiannya masuk ke The Curve dan saya mencadangkan ke Mac Donald tetapi ASP Suresh berkata bahawa ianya bukan idea yag bagus kerana adanya CCTV yang akan melihat kami.Kami kemudiannya masuk ke tempat pameran kereta Volkswagen dimana seorang lelaki Melayu hadir bersama isterinya yang sedang mengandung bersama Deepak.

Q 20. Siapakah lelaki Melayu tersebut?



A. Saya tidak mengenali beliau .Dia hanya di perkenalkan sebagai VIP Datuk.Saya kemudiannya mengenali isterinya

Q 21. Adakah anda berbual dengan Datuk tersebut?



A. Ya . saya kemudiannya di perkenalkan kepada datuk tersebut oleh Deepak. Saya begitu terkejut apabila di terangkan siapa sebenarnya datuk tersebut.

Q 22. Apakah datuk tersebut berkata kepada anda?



A. Dia berkata bahawa , dia tahu saya mempunyai anak isteri dan saya tentu sayangkan mereka.Saya berkata sudah tentulah saya menyayangi mereka.Saya di beritahu bahawa saya seharusnyalah mengambil beratna kepada anak sisteri saya kera kemungkinan sesuatu akan berlaku kepada mereka.Datuk itu juga menyatakan bahawa jika tidak mahu sesuatuyang buruk berlaku kepada keluarga saya, maka saya harus mengikut sahaja arahan Deepak .Saya hanya perlu menukar beberapa perkara yang saya lakukan kepada akuan bersumpah saya yang pertama .Beliau kemudiannya meninggalkan kami dengan tergesa-gesa bersama isterinya.


TO BE CONTINUED


TERJEMAHAN WRLR


No comments: