PILIHANRAYA KOTA SIPUTEH

Kerusi DUN Kota Siputeh kini kosong

16/11/2009 6:51pm


KUALA LUMPUR 16 Nov. – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan berlaku kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah ekoran kegagalan wakil rakyatnya menghadiri dua persidangan dewan itu berturut-turut.

ADUN kawasan itu, Datuk Abu Hassan Sarif tidak hadir persidangan pada 19 April dan 9 Ogos lalu tanpa memaklumkan terlebih dahulu sebabnya kepada Speaker DUN Kedah.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan.

Kerusi itu dimenangi Abu Hasan dengan majorti 495 undi. Lawannnya, Ismail Wan Teh dari PAS menerima 7,665 undi.

Kawasan ini adalah kawasan UMNo.Jika Umno menang dalam pilihanraya ini, maka pilihanraya di Perak kemungkinan besar akan di adakan.Kita tunggu nanti.