SEHARI BERSAMA YB LAW CHOO KIANG







OLEH:Amiruddin Ahmad



Sehari bersama Yb Law Choo Kiang ADUN Bukit Tambun (PKR) yang juga Exco kerajaan negeri bagi pertanian& industri asas tani , pembanggunan luar Bandar dan tebatan banjir banyak mengajar bahawa kerja-kerja terbengkalai yang selama ini diamanahkan kepada Bn tidak di jaga dengan sewajarnya.

Bermula dengan perbincangan dan penerangan dari bahagian kejuruteraan MPSP , JPS Seberang Perai (Tengah),bersama ADUN Padang Lalang dan wakil RT Desa Damai bagi mencari jalan terbaik menyelesaikan isu banjir diTaman Makok dan Taman Desa Damai, Sungai Rambai, Seberang Perai tengah bagi mengatasi masalah banir yang seringkali berlaku.ianya berlaku setiap kali hujan melanda dan jalan penyelesainya dicarai bagi mengatasi masalah penduduk sekitar.

YB Law kemudiannya turun sendiri untuk melihat secara dekat tebing sungai Dondang yang runtuh berhampiran kantin sekolah cina di Air Itam, Pulau Pinang. YB meluluskan peruntukan daripada tabung caruman perparitan kepada JPS Daerah Timur Laut bagi membaiki tebing sungai yg runtuh di 4 lokasi di sepanjang sungai Air Itam dan Sungai Dondang di dalam kadun Air Itam.

Beliau kemudiannya melawat kawasan kampung Tanah Liat, Permatang Pauh bersama pegawai JPS Seberang perai Tengah bagi membantu menyelesaikan masalah penduduk yangg menghadapi banjir akibat masalah perparitan, YB telah meminta JPS Seberabg Perai Tengah menyelesaikan masalah di kawasan terbabit.
AMIRUDDIN AHMAD
ADALAH EXCO ALIRAN
ALIRAN KESEDARAN NEGARA
LULUSAN USM DALAM BIDANG SEJARAH DAN SAINS POLITIK