SPR DIGESA SEGERA MUDAHKAN DAFTAR PEMILIH

















SPR DIGESA MUDAHKAN DAFTAR UNDI UNTUK RAKYAT MALAYSIA

OLEH:Amiruddin Ahmad


Pulau Pinang-Baru-baru ini satu program bersama ADUN Pantai Jerejak Yb Sim Tze Tzin dan juga beberapa YB-Yb yang terdiri dari golongan muda bersama SPR telah berlangsung di sebuah komplek membeli belah terkenal di Pulau Pinang dimana tujuan utama program ini adalah untuk menarik minat golongan muda supaya mendaftar sebagai pemilih dalam pilihanraya ke 13 kelak.Program ini turut di hadiri oleh Yb Nurul Izzah,Yb Yusmadi Yusoff,YB Amir Saari,Yb Manikumar dan di rasmikan oleh TKM1 Pulau Pinang Dr Mansor Othman.


Menurut YB Sim lagi, pihak pejabat ADUN beliau memilih cara pendekatan sebegini adalah untuk menarik minat pegundi muda dan ini juga adalah satu hak untuk semua rakyat, dan tujuan ini dilakukan ialah kerana di dapati terlalu banyak didapati golongan pengundi yang tidak berdaftar. Dalam ucapan beliau , Yb Sim meminta pihak SPR agar mengadakan pendaftaran secara online disebabkan buat masa ini di dapati bahawa golongan muda seringkali mengunakan internet dan memudahkan semua rakyat untuk mendaftar dan ianya kadangkala mengambil masa telalu lama

“ Orang muda tidak suka menunggu terlalu lama,pendekkan tempoh kelulusan untuk rara pendaftar dan menjadi pengundi .Ini adalah kerana Selma ini pihak SPR mengambil masa 6 bulan untuk memproses ,malahan golongan muda tidak mahu ke pejabat pos .mereka lebih senang menggunakan secara online keran golongan ini adalah golonan yang bekerja”, demikian jelas Yb Sim.

Semasa 1999 di dapati 6 hingga 8 ribu pengundi muda yang mendaftar tetapi tidak dapat mengundi , kini di dapati bahwa hamier 3.8 juta pengundi muda yag tidak berdaftar dan angka angka juga menunjukan bahawa golongan antara 21-37 tahun seramai 8 juta masih tidak mendaftar sebagai pengundi.langkah-langkah yang konkrit harus di lakukan supaya golongan muda ini dapat mendaftar sebagai pengundi dan semua ADUN atau Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengambil pendekatan yang mesra golongan muda dengan menganjurkan program seperti ini kerana dapat menarik golongan muda bermesra dengan Yb-Yb yang terdiri dari kalangan yang lebih muda dan sesuai dengan jiwa mereka.

Dalam disang akhbar beliau selepas itu, YB Sim menjelaskan bahawa kebanyakkan negara maju terutamanya Jerman dan Australia Mengunakan cip dan mykad dan boleh di gunakan sebagai satu langkah untuk memudahkan para pengundi,mereka juga menggunakan kad atau juga mana-mana password.




“Ada sesetengah orang tidak mahu orang lain memegang kad pengenalan,ini adalah langkah-lagkah teknikal yang boleh di gunakan sebagai satu kaedah memudahkan pendaftaran mengundi dan juga langkah terkini yang harus di lakukan demi untuk kemudahan rakyat mendaftar dan mengundi”, jelas Sim lagi..

“Langkah yang di ambil saya selama 6 bulan bawah ADUN Pantai Jerjak dimana setiap Sabtu dan Ahad,ti tempat yang sama iaitu Queenbay Mall ini adalah untuk memudahkan golongan muda mendaftar dan menyeru semua Yb ADUN Pakatan Rakyat membuat program seperti ini untuk mendapatkan pengundi baru dan dalam masa yang sama kita mendekati golongan muda ini”.

Di luar negara , mereka tak perlu mendaftar , malah iannya hanya mengunakan kad pengenalan dan ini telah lama di lakukan terutamanya di Jerman dan juga Australia.Kita cadangkan supaya semua orang boleh mengunakan mykad dan boleh mengundi.Pihak SPR perlu mengkaji kaedah ini bersesuainya dengan arus pembanggunan dan kemajuan teknologi dalam negara masa kini.
AMIRUDDIN AHMAD
ADALAH EXCO ALIRAN
ALIRAN KESEDARAN NEGARA
LULUSAN USM DALAM BIDANG SEJARAH DAN SAINS POLITIK