Anwar akui ada kemelut di peringkat bawahan

15/11/2009 9:15pm
KOTA BHARU 15 Nov. — Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujudnya perselisihan antara parti dalam pakatan pembangkang di peringkat bawahan berikutan tiada titik persetujuan yang dicapai ketika membincangkan perihal perbezaan prinsip parti masing-masing.


Beliau berkata, jika tiada titik persetujuan dicapai di peringkat bawahan dalam membincangkan isu tertentu, ada pihak daripada PKR yang tidak memberi sokongan padu kepada parti dalam pakatan pembangkang.


"Dalam pakatan tidak semua mesti setuju. Tetapi ada di peringkat cabang PKR jika berlaku perkara yang tidak dipersetujui mereka mula hendak marah dan macam hendak perang seluruh Malaysia.


"Saya ingatkan kepada peringkat bawahan bahawa kita mempunyai ruang kita sendiri untuk salurkan pandangan,” katanya semasa berucap merasmikan konvensyen PKR Kelantan di sini hari ini. - Bernama

No comments: