TRIBUTE UNTUK AMIRUL FAKIR DARI GROUP ANAK SENI



Rahmat menyampaikan sajak sementara kupulan membuat satu betuk persembahan dengan "membisingkan" suasana dengan irama muzik



Pyan Habib antara yang hadir juga Sasterawan Negara A.samad Said
Dua artis dari GAPENA dan juga DBP menyampaiakan sajak




Persembahan sajak berpentomen



Sdr Rahmat Harun menyampaikan sajak dengan cara memetik gitar.Sajak dari antologi Amirul fakir ini disampaikan dalam bentuk lagu.


Ipoh-satu persembahan seni dari kumpulan seni dan juga penyajak bebas telah di adakan di Rumah Yayasan Seni Perak.Konsep persembahan gaya bebas,santai dan juga pentomen di persembahkan dengan penuh kesungguhan dan dapat menarik minat pendengar dan peminat seni.An




Tema utama ialah kemanusiaan,ketuhanan, alam,dan juga kehidupan di ketengahkan sesuai dengan hasrat membantu insan seni yang terlantar dalam kesakitan iaitu Saudara Amirul Fakir yang buta matanya.
(Dipetik sebahagian dari bloq pyan habib)Amirul sudah menderita sejak April tahun lalu, hanya kira-kira dua minggu setelah pelancaran kumpulan cerpen pertamanya yang bertajuk Mea Culpa. Beliau kini menjalani rawatan secara tradisional setelah dicadang sendiri oleh pakar perubatan moden. Misteri ini hanya milikNya. Bagi yang tidak mengenali Amirul, dia adalah seorang penyair dan penulis berbakat yang begitu intens corak karyanya. Sering menyokong acara-acara seni anjuran YKP dan selalu melepak dengan kawan-kawan yang datang dari latarbelakang seni yang berbeza – pelukis, pemuzik, pembikin filem..Jadi Amirul ini tidak hanya selesa bersidai dengan kelompok sastera semata-mata. Dan mungkin kerana itu juga, dalam masa hanya beberapa hari penganjuran projek ini, telah begitu banyak sokongan yang diterima dari handai taulan seniman. Semoga penjanaan Tabung Amirul Fakir (TAF) ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban yang ditanggung Amirul.
Dan yang penting, inisiatif ini paling tidak dapat menyuntik semangat untuk beliau terus kuat menempuh dugaan ini. Sama-sama kita doakan supaya dia cepat kembali ke gelanggang kreatif, mampu bergiat aktif dan menulis lagi untuk seni dan budaya.Setinggi-tinggi penghargaan untuk semua yang terlibat dari segi persembahan, penajaan, sumbangan tenaga dan sokongan moral untuk program ini. Hanya Allah swt yang dapat membalasnya.Bagi anda yang ada kelapangan, jemputlah ke acara TAF. Sumbangan anda diperlukan.Nota tambahan: Pada semua pembaca muslimin yang berupaya pada dua malam Jumaat ini, mohon sedekahkan bacaan Yassin atau Al-Fatihah kepada Amiruddin Hussin aka Amirul Fakir supaya beliau segera sembuh dan semoga acara TAF Project berjalan lancar. TK.

Persembahan ini akan cuba di bawa ke Permatang Pauh dalam sedikit masa lagi jika tiada aral melintang bagi mengenegahkan bakat kesenian, dan juga freefilm yang akan membawa anda menonton filem-filem arahan ngo's yang akan mendedahkan tentang kerosakan,ketidakadilan dan juga kekejaman pihak pemerintah.
Usaha murni ini harus lah di teruskan ke semua negeri demi membantu insan seni dan membela nasib insan yang harus diberikan perhatian dan dalam masa yang sama dapt menghidupkan aktiviti seni dinkalangan generasi muda dan juga perkembangan seni tanahair.