"Lebih baik bunuh saya" Cewah! Kalau membunuh bukan
satu kesalahan, rasanya sebelum masuk mahkamah lagi dah lama dah kena bunuh.
Sebab betapa rakyat menderita kesan dari ketirisan suaminya dan dia sendiri
menguruskan negara.
Rosmah mengungkit sumbangannya walaupun dia kata tak mahu
menyebut sumbangannya. Berapa punya belitlah. Tapi apa sumbangan Rosmah?
PERMATA? Apa hasil Permata tu? Yang aku tahu program tu menelan bajet yang
besar. Kalaupun ada, sumbangan bukan lesen untuk ambil rasuah.
Boleh baca beritanya di: https://bit.ly/3B8jWtr
Tak timbul soal Rosmah tak diberikan keadilan yang sewajarnya.
Mahkamah berlangsung sekian lama. Rosmah dan para peguamnya telah diberi
peluang buktikan dirinya bersih dari setiap tuduhan. Tapi peluang itu tidak
digunakan sepenuhnya.
Audio "can I advice you something" pun Rosmah tak
nafikan secara bersungguh. Bukti-bukti yang dibawa oleh pihak pendakwa pun
tidak mampu disangkal. Yang nampak, Rosmah berusaha untuk singkirkan hakim dan
tukar peguam pendakwa. Bila gagal dan didapati bersalah, tagih simpati umum,
dakwa diri dianiaya.
Aku bukan gembira Rosmah dipenjara. Aku cuma gembira keadilan
dapat ditegakkan. Tapi tetap aku bersedih kerana kerosakan telah berlaku.
Rosmah masuk penjara pun, hakikatnya hak rakyat telahpun dicabuli. Hakikatnya,
rakyat tetap teraniaya.
Sebab itu pentingnya berhati-hati dalam memilih pemimpin. Jangan
ikut sentimen parti, kaum atau agama. Asal parti ni, undi. Asal Melayu, sokong.
Asal berkopiah, pilih. Tak boleh begitu. Kena nilai sikap dan sifat peribadi
orang yang nak dipilih.
Sebab kalau pemimpin itu rasuah, kalau ditangkap pun, itu lepas
hidup rakyat disusahkan. Kerosakan dah pun berlaku. Nak pulih tak semudah macam
nak merosakkan. Penjaralah biar sejuta tahun pun, belum tentu negara akan terus
pulih.
Itu kalau dapat ditangkap. Kalau yang jenis licik? Ubah laporan
audit macam Najib, macamana nak dakwa? Kita nasib baik PH menang dalam PRU14
dulu. Kalau tidak, sampai detik ini masih berbilion lagi duit negara mengalir
masuk ke akaun mereka.
Nak kata fitnah, seluruh dunia saksikan bagaimana borosnya
mereka suami isteri berpoya-poya. Kalah bilionair macam Mark Zuckerberg dan
Bill Gates. Siap dia hadiahkan lukisan mahal kepada pelakon Hollywood lagi.
Beli jam, rantai gelang, dompet, beg tangan dan banyak lagi barangan lain yang
harga ratusan ribu.
Kalau tak curi, mana dapat duit tu? Gaji PM takkan dapat
menampung keborosan yang sebegitu. Bapa Najib pun bukan bilionair yang wariskan
harta yang banyak. Kalau bilionair pun boros macam Najib, memang bakal
muflislah nampak gayanya.
Aku harap apa yang berlaku ini jadi pengajaran buat rakyat. UMNO
dan BN bukan lagi pilihan dalam PRU akan datang. Terlalu banyak kekotoran yang
perlu dibersihkan. Tapi buat masa ini, UMNO tak bersedia untuk buat pembersihan
lagi. Guane boh?