PULAK..PONG PANG PONG PANG DAP KAPIAQ..TAK GUNA- DAP ADA 42 KERUSI KOT...NAK PERINTAH DAN BERJIHAD LAWAN DAP....NU...PEE LAWAN DAP GUAN ENG KAPIAQ SANA NU....BARU INI MACIAM PUNYA BAIK....

 

Belum muktamad tanding 80 kerusi Parlimen pada PRU15, kata pemimpin PAS



Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS hanya memantau 80 kerusi Parlimen yang berpotensi dimenangi mereka, ia bukannya jumlah kerusi yang akan ditandingi parti itu pada PRU15.

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man tampil menjelaskan parti itu hanya memantau 80 kerusi Parlimen yang berpotensi dimenanginya pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), ia bukannya jumlah kerusi yang akan ditandingi mereka.

Ini kerana, katanya, Perikatan Nasional (PN) belum membuat keputusan berhubung pembahagian kerusi bagi PRU15.

“Itu bukan jumlah kerusi kita akan bertanding, itu kerusi yang kita pantau, jumlah kerusi kita akan bincang di peringkat parti,” katanya selepas menghadiri Simposium Perubahan Iklim di Bangunan Parlimen.

Beliau berkata, setiap parti akan membuat pemantauan ke atas kerusi yang dirasakan boleh dimenangi mereka terlebih dahulu.

Semalam, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Sanusi Md Nor dilaporkan berkata, parti itu menyasarkan untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen pada PRU15, sekali ganda berbanding 40 kerusi yang ditandinginya pada PRU14.

Beliau berkata, pihaknya sedang menganalisis kawasan yang mencapai indeks prestasi utama (KPI) untuk dimasukkan dalam senarai 80 kerusi Parlimen itu.

Katanya, kawasan yang tidak mencapai KPI akan digugurkan dan digantikan kawasan lain yang mempunyai peningkatan prestasi baik, dari segi persiapan jentera mahupun keperluan lain, untuk menghadapi PRU15, dengan sasaran PAS memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen.


No comments: