RAMAI MAHACAI DOK ULANG CERITA KRAJAAN PH GAGAL TUNAI JANJI-HABIS YANG TAK SAMPAI 22 BULAN PUN LAGI BANYAK GAGAL...

\

Ceritera yang biasa dimainkan oleh cytro UMNO, rakyat dah beri peluang kepada PH dalam PRU14 tapi PH tak perform.

Sebagai hujah balas, kita boleh kata yang 22 bulan itu bukan PH yang sebenar. Itu PH di bawah kuasa Mahathir yang anti reform.

PH di bawah DS Anwar jauh berbeza. Buktinya ada pada video di bawah ini.

Mahathir adalah orangnya yang mengungkapkan manifesto bukan kitab suci apabila dihenyak oleh umum soal manifesto.

Terapi DS Anwar lain. Katanya, kalau dah janji kita mesti ikhtiar untuk tunaikan. Tetapi jika dah usaha sepenuhnya namun masih gagal, maka kita minta maaf dan minta tempoh.

Katanya lagi, sifat tawaduk dan rendah diri adalah sifat mulia yang harus ada pada rakyat dan juga pemimpin.

Itu bezanya antara Mahathir dan DS Anwar. Bagai langit dan bumi. Sudah pastilah PH juga berbeza ketika dipimpin oleh Mahathir dan dipimpin DS Anwar.

Rakyat belum merasa pentadbiran PH pimpinan DS Anwar Ibrahim. Tapi rakyat dah rasa derita di bawah Najib, Mahiaddin dan Isnail.

Jadi wajarlah untuk rakyat kembali kepada PH pada PRU15 nanti. Boleh nilaikan keperibadian kesemua yang telah aku sebutkan.

Demokrasi membenarkan rakyat memilih pemimpin yang mereka suka. Tapi jika rakyat mahu pemimpin yang jujur, kompeten dan berkarisma, sebenarnya rakyat tiada pilihan lain selain DS Anwar ibrahim. Guane boh?

Raja Gelap