HUSAM MUSA : Membalak Dalam Hutan Simpan - Kelulusan Terbaru 2022

 



Membalak Dalam Hutan Simpan - Kelulusan Terbaru 2022

Kesian juga penyokong setia Pas yang cuba mempertahankan Kerajaan Pas. Namun, mereka tak bermaklumat.

Hari ini - mari kita lihat kelulusan terbaru membalak dalam Hutan Simpan Kekal. Berdasarkan surat rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan.

Tak la ditulis 'kelulusan membalak' terus. Nanti kena tembak.

Ditulis begini : 'Kelulusan Untuk Mengusahahasil Hutan dan Melaksanakan Projek Pembangunan Ladang Hutan Pelbagai Spesies Di Dalam Kawasan Hutan Simpan Kekal Dalam Zon Ladang....'.

Mengusahahasil hutan tu - membalaklah namanya. Tebang pokok balak untuk buat ladang hutan dalam kawasan Hutan Simpan.

Bagaimana caranya?

Ditulis (sambungan kepala surat) : 'Secara tender runding....'.

Maksudnya, tak ada tender terbuka lah.

Kali ini saya merujuk kepada satu surat PHN.KN 200/1/2705 (XXX) bertarikh awal Januari 2022 yang dikeluarkan kepada satu syarikat yang bertuah. (Surat disertakan dengan sedikit pemotongan nama syarikat yang berjaya).

Surat dikeluarkan tahun ini - 2022. Masih panas dari oven.

Ia diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Perhutanan (JKPP) Bil 3/2021 pada 25 Oktober 2021. (Musim Covid pun mesyuarat balak jalan terus, ha ha).

Juga dalam Hutan Simpan Kekal, tetapi tak dinyatakan Hutan Simpan Kekal mana. (Boleh tambah runding kot?).

Baca elok-elok surat tu.

Surat macam ni, berlambak.

Saya pilih salah satu yg terbaru. Supaya hujah pencacai, kononnya membuka ladang hutan dalam Hutan Simpan Kekal ini idea saya dan dimulakan oleh saya.

Saya masih dalam Kerajaan kah sekarang? Saya dah tak jadi Exco sejak 2013 lagi, jangan tak tau.

Kalau bukan tabiat pemimpin kerajaan yang ada sekarang meluluskan kelulusan sebegini sejak dulu, kenapa saya dah tak ada dalam Kerajaan, ia masih diluluskan?

Sekarang dah tahun 2022 - dah 9 tahun saya tak ada dalam Kerajaan. Macam mana boleh terus lulus? Hebat sangat kah Husam sampai dia boleh arah YAB MB dan TMB Kelantan luluskan sampai hari ini?

Kan Kerajaan ada simpan rekod? Sebelum saya jadi Exco tahun 2004, dalam rekod tu ada tak kelulusan sebegini?

Kalau ada, macam mana boleh kata saya mulakan? Ia telah diamalkan sejak saya belum menyertai Exco pada tahun 2004. Dan terus diamalkan sampai sekarang.

(Antara perselisihan saya dengan rakan-rakan lain dlm kerajaan semasa itu ialah isu ini. Acap kali mesyuarat Jawatan kuasa kecil pembalakan ditangguhkan oleh Tok Guru atas desakan saya untuk mengelakkan agenda kelulusan membuka ladang dalam Hutan Simpan).

Maknanya, ada orang lain yang suka buat kerja ini.

Tu bukan isu pokok.

Isu pokok di sini tiga perkara :

a. Berapa jumlah hasil balak yang ada dalam Hutan Simpan yang diluluskan?

b. Kenapa Hutan Simpan Kekal terus diluluskan kegiatan membalak dan membuka ladang? Sepatutnya hutannya disimpan.

c. Kenapa hal seperti ini tidak ditender?

Semua soalan saya tanya ini, bukan untuk saya.

Untuk faedah Rakyat Kelantan.

Saya tak dapat apa.

Tapi kalau ditender, mungkin hasilnya meningkat. Kalau ya pun nak tebas balak dalam Hutan Simpan. Hasil meningkat boleh digunakan untuk membantu budak-budak muda berdikari.

Ikut cakap di pasaran - kalau nasib untung - satu ekar tebang habis menghasilkan purata 18 tan balak se ekar. 18 tan didarab 1,000 ekar = 18,000 tan bagi satu kelulusan.

Ambil saja harga purata RM 500 satu tan, kira-kira lebih kurang hasil balak ialah RM 9 juta!

Kalau kawasan tak ada kayu, bukan Hutan Simpan Kekal namanya! Itu hutan belakang rumah kampung.

Lebih penting lagi, jika amalan ini tak dihentikan, habislah hutan dan segala khazanahnya untuk selama-lamanya. Bersekali dengan ekologi yang sangat penting untuk kesejahteraan bersama.

Akhir sekali, siapa yang dapat kekayaan jatuh ke riba seperti ini? Pemuda Pas cawangan Meranti? Atau orang lain? Atau orang sama?

Pada MB, TMB dan Ajk Jawatankuasa Kecil Perhutanan Negeri Kelantan - saya katakan - 'kalian baik'. Terus menerus meluluskan tebang hutan dalam Hutan Simpan. Tapi baik ada makna ke?.

Seperti kata Arwah Ahmad Nisfu : Baik ada makna tu .....

Husam Musa

29 Mac 2022

Baca Penulisan Sebelum ini :

1.Tanah Kelantan -

Orang Sama Dapat Keuntungan Bertimpa-Timpa?https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/506238204202872

2. Pertanyaan Untuk MB (2) :Ladang Musang King

https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/505732830920076

3.Pertanyaan Untuk MB : Ladang Musang King 7,500 Ekar https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/504943857665640

4. Mana Tanah Negeri Untuk Rakyat Biasa?

https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/503587847801241

5. Sijil Pengurusan Hutan Kelantan Dibatalkan Masih Nak Main Silap Mata

https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/507966474030045

6. ANAK KELANTAN SEMUA TAK LAYAK MAJUKAN LADANG MUSANG KING ?

https://www.facebook.com/hjhusammusa/videos/1171266473688791

7. Carian SSM menunjukkan temuan berikut :

https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/506910517468974

8.LAGI 2,200 EKAR LADANG MUSANG KING :

https://www.facebook.com/100044500896683/posts/508540157306010

9. BETAPA KAYA BUMI KELANTAN

https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/509815267178499

10. Surat Terbuka Kepada YB Menteri Tenaga dan Sumber Asli

https://www.facebook.com/hjhusammusa/posts/510462977113728

 

No comments: