Salam Dari Matau Balak Lojing Untuk Pengarah Hutan Kelantan
Salam dari beberapa matau balak di Jajahan Kecil Lojing. Buat
Tuan Pengarah Hutan Kelantan.
Khususnya dari matau Syarikat RJZ Itrah dengan nombor lesen DS
01(P)27-2021 LDG.
Tarikh operasi tebangan balak dibenarkan ialah dari 19 March
2022 sampai 18 September 2022.
Sekarang baru hujung Jun. Lesen akan tamat bulan September
depan.
Tapi kata Tuan Pengarah, pembalakan dah tak ada. Biar betul?
Satu lagi matau yg masih aktif dengan pemunggahan kayu balak
ialah kepunyaan Syarikat NR Cahaya Resources Sdn Bhd.
Ia diberi lesen untuk operasi dari 14 March 2022 sampai 13
September 2022.
Dua-dua masih beroperasi. Dua-dua diluluskan kompartmen dalam
Hutan Simpan Kekal Sg Brok.
Cukup dulu bukti dari dua lesen pembalakan di Lojing.
Kata tuan, tak ada pembalakan di Lojing sekarang.
Banjir mengejut menenggelami laluan Lebuhraya Gua Musang -
Lojing baru-baru ini berpunca dari penanaman sayur.
Bukan pembalakan. Kata Tuan Pengarah.
Saya tak nak komen lebih.
'Can we trust you, Tuan? '
Hilang integriti, hilanglah segala-galanya.
Husam Musa
25 Jun 2022