PUAD MAKSUDKAN SI PASIR SALAK YANG SAMSENG DAN TAK BERAKAL L A TU...

 

UMNO perlu lebih ramai ahli yang berakal, tidak langgar displin - Puad Zarkashi


Firdaus Azil
UMNO perlu lebih ramai ahli yang berakal, tidak langgar displin - Puad Zarkashi
Puad berkata, UMNO memerlukan lebih ramai ahli yang mempunyai akal fikiran, dan mempunyai imej yang diterima rakyat. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Mana-mana ahli parti yang tidak berdisplin, dan tidak mengikut keputusan yang telah ditetapkan pimpinan tertinggi, wajar diambil tindakan, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Mohd Puad Zarkashi.
Speaker Dewan Undangan Negeri Johor itu berkata, UMNO memerlukan lebih ramai ahli yang mempunyai akal fikiran, dan mempunyai imej yang diterima rakyat.
Katanya lagi, tidak ada masalah untuk ahli mengkritik Presiden, tetapi ia harus dilakukan dengan betul.
“Kita perlukan lebih ramai mereka yang ada brain dalam parti, dan juga diterima masyarakat. Saya rasa asas yang penting ialah siapa yang tak ikut parti memang wajar dikenakan tindakan, sebab mana mana organisasi perlu ahli yang berdisplin dan ikut keputusan parti.
“Tak kira siapa pun, isu ramai (kena pecat) tak timbul, yang penting ikut parti tak ada masalah. Saya juga mengkritik presiden tak ada masalah, tapi biarlah betul. Mana yang dah jadi keputusan kita patuh. Soal mengkritik siapa pun boleh kritik, tetapi mana keputusan yang diputuskan kita patuh, itu saja,” katanya lagi
Mohd Puad berkata demikian kepada pemberita bagi mengulas pelantikan bekas Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil sebagai Ahli MKT yang baharu menggantikan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.
Beberapa media mendakwa, pengguguran Tajuddin adalah kerana Ahli Parlimen Pasir Salak itu dilihat lantang mengkritik kepimpinan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO.
Susulan pengguguran itu, bekas Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa mendakwa lebih ramai lagi ahli MKT akan senasib dengan Tajuddin, kerana dianggap sebagai ‘musuh’ dalam parti.

No comments: