KAH,,KAH,,,KAH....LAGI KAU KEMPEN NAJIB LAGI NOSTALGIA ORANG INGAT PADAJHO LOW DAN ALTANTUNYA....DAN SKANDEL KAPAL SELAM...

 


PRN Melaka: 'Saya bukan pengarah pilihan raya, tapi akan kempen habis-habisan' - Najib


Fareez Azman
PRN Melaka: 'Saya bukan pengarah pilihan raya, tapi akan kempen habis-habisan' - Najib
Najib berkata, beliau akan membantu kempen UMNO dan BN habis habisan dalam PRN berkenaan. - Gambar/ Astro AWANI
MASJID TANAH: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bahawa beliau tidak dilantik menjadi Pengarah Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijadualkan bulan depan.
Bagaimanapun, jelas Ahli Parlimen Pekan itu, beliau akan membantu kempen UMNO dan Barisan Nasional (BN) habis-habisan dalam PRN berkenaan.
"Apapun UMNO dan BN mesti bersedia dalam apa juga keadaan. Saya nak jelaskan di sini, Pengarah Pilihan Raya UMNO adalah Datuk Seri Mohamad Hasan, saya dikehendaki bantu kempen habis-habisan.
"Saya akan bersama Mohamad Hasan, saya percaya Perdana Menteri pun akan turun untuk bantu kita dalam kempen," jelasnya ketika ditemui Astro AWANI pada Sabtu.
Mengulas lanjut mengenai PRN Melaka, tambah Najib, beliau yakin agenda yang dibawa BN dan UMNO dapat menambat hati pengundi di negeri itu.
"Saya dijemput bersama jentera wanita peringkat negeri dan nasional. Alhamdulilah, saya melihat semangat wanita sangat baik luar biasa dan bersiap sedia berjuang habis-habisan menjamin kemenangan parti kita.
"Selain daripada itu, saya ada sebut beberapa perkara untuk diberi perhatian parti dan kerajaan negeri supaya dijadikan sebagai antara agenda kita... lebih-lebih lagi kalau kita dipilih semula untuk mentadbir negeri Melaka," katanya lagi.
Terdahulu, Najib mengadakan pertemuan bersama jentera UMNO di Masjid Tanah yang turut dihadiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

No comments: