Bekas Timbalan Menteri Agama, Dr Marzuk Shaary kini mempersoalkan mengapa bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad tidak dipanggil memberikan keterangan lisan dalam prosiding RCI Tabung Haji.
Menariknya, RCI yang dipersoalkan Marzuk itu sendiri ditubuhkan ketika Perikatan Nasional berada dalam kerajaan dan beliau merupakan Timbalan Menteri Agama ketika proses berkenaan berlangsung.
Madinah sebelum ini mendedahkan beliau telah disapina dan hadir untuk memberikan keterangan kepada RCI.
Beliau mendakwa menunggu sekitar 45 minit hingga sejam di luar bilik prosiding sebelum urus setia memaklumkan beliau tidak perlu masuk dan boleh pulang.
Marzuk kini berkata persoalan mengapa Madinah tidak dipanggil memang wajar dibangkitkan.
“Jadi, mengapa Tan Sri Madinah tidak dipanggil?
“Persoalkanlah. Saya juga mempersoalkannya,” katanya.
Bagaimanapun, Marzuk menegaskan persoalan itu tidak sepatutnya ditujukan kepada kerajaan PN.
Menurutnya, kerajaan ketika itu hanya menubuhkan RCI dan menetapkan terma rujukan, manakala keputusan mengenai saksi serta perjalanan siasatan berada di bawah bidang kuasa Suruhanjaya.
Malah Marzuk menegaskan PN sengaja tidak mencampuri proses tersebut kerana mahu RCI membuat keputusan secara bebas berdasarkan bukti.
Ironinya, RCI tersebut ditubuhkan ketika kerajaan yang turut disertai PAS, barisan pesuruhjayanya ditauliahkan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, dan Menteri Agama PAS ketika itu sendiri menyambut baik penubuhannya.
Kini selepas laporan dibentangkan, bekas Timbalan Menteri Agama dalam kerajaan yang menubuhkannya sendiri pula mempersoalkan salah satu keputusan penting dalam proses RCI.
Persoalan mengenai Madinah memang wajar dijawab.
Tetapi seperti Marzuk sendiri tegaskan, kerajaan PN tidak campur tangan dan keputusan saksi dibuat secara bebas oleh RCI.
Jadi jangan pula satu persoalan mengenai saksi akhirnya digunakan untuk menggambarkan keseluruhan RCI seolah-olah tidak mempunyai kredibiliti.
#unofficialinfo


No comments:
Post a Comment