KEH..KEH.MAKAN UBAT .....LARI DALAM NEGERI JA PUN- AWAT LA TAK LARI JAUH SIKIT...POLIS MALAYSIA BUKAN CAP AYAM TAU...VIDEO DISERTAKAN

 




3 termasuk suspek utama serang ustaz, pelajar tahfiz ditahan

facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Tangkap layar video serangan di sebuah pusat tahfiz yang tular di media sosial.

PETALING JAYA: Tiga lagi suspek yang menjadi buruan polis selepas didakwa terlibat dalam serangan terhadap seorang ustaz dan pelajar di sebuah tahfiz Jalan Cheneras, Lipis, Pahang, berjaya ditahan hari ini.

Dua termasuk seorang suspek utama ditahan pada 2 pagi di Terengganu manakala seorang lagi suspek ditahan di Felda Lepar Utara 1, Jerantut, 8 pagi.

Ketua Polis Lipis, Azli Mohd Noor, berkata tangkapan ke atas ketiga-tiga suspek dilakukan selepas penahanan dua suspek semalam.

Katanya, ketiga-tiga suspek itu ditahan untuk proses dokumentasi dan polis akan mendapatkan perintah reman daripada mahkamah.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana menceroboh kawasan,” katanya menurut Sinar Harian.

Azli berkata, siasatan mendapati kelima-lima suspek yang ditahan mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah, mereka turut disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1957.

“Ujian saringan awal ke atas ketiga-tiga suspek berusia 30an itu mendapati mereka positif heroin,” katanya.

Semalam, media melaporkan lima suspek bersama seorang pelajar tahfiz pergi ke pusat berkenaan, di mana tiga daripada mereka menyerang seorang ustaz dan juga seorang pelajar.

Kejadian berlaku pada 6.43 petang kelmarin di mana pengadu iaitu pelajar tahfiz yang dipukul membuat laporan di Balai Polis Kuala Lipis.

Polis berkata, siasatan awal mendapati kejadian berpunca apabila salah seorang suspek tidak puas hati terhadap ustaz terbabit kerana pembayaran makanan di pusat tahfiz berkenaan.

Akibat kejadian itu, ustaz terbabit menerima empat jahitan di mata kanan, cedera di tangan dan lebam di badan manakala pelajar tersebut cedera di badan.

Video kejadian itu tular, memaparkan lima suspek bersama seorang pelajar pergi ke pusat tahfiz tersebut dengan tiga daripadanya menyerang seorang penjaga pusat tahfiz dan pelajar menyebabkan kedua-duanya mengalami kecederaan.

No comments: