SKANDAL LCS, SEDIAKAH RAKYAT LAKUKAN PERUBAHAN?


 Asalnya saya tak bercadang menulis lagi tentang isu ini kerana sudah terlalu ramai yang memberi komentar. Media sosial pula telah bertali arus menyiarkannya.

Malah, saya sudah bangkitkan isu ini sejak awal tahun lagi, sebelum isu ini ‘meletup’ ini berikutan laporan dari PAC baru-baru ini.

Baca ulasan saya mengenai LCS pada 30 Januari 2022: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=490304589132941&id=100044602112010

Namun pendedahan demi pendedahan yang timbul sehari dua ini benar-benar mengganggu fikiran saya. Bukan sikit jumlah yang telah dibelanjakan kerajaan namun seperti biasa hasilnya entah ke mana. Saya tak tergambar bagaimana mereka yang terlibat sanggup melakukan pengkhianatan sebegitu besar tanpa rasa bersalah.

Bukan sejuta atau dua juta tetapi RM9 billion !!! Rasa nak pengsan mendengarnya.

Apakah mereka ini tidak ingat Tuhan? Apakah sistem yang ada hari ini sangat ampuh sehingga begitu senang duit rakyat hilang? Manusia jenis apakah mereka ini atau memang mereka ini bukan manusia?

Sebut lah apa istilah yang saudara mahu; pengkhianat, penipu, perasuah, penzalim – saya rasa semuanya sesuai dengan mereka.

Kini masing-masing mula menuding jari kepada orang lain; orang itu kata orang ini yang buat, parti itu kata parti sana yang buat, kerajaan sana kata kerajaan dulu yang lakukan.

Pening rakyat mendegarnya. Memang benarlah apa sahabat saya katakan, hasil kajian yang beliau lakukan mengenai sentimen rakyat terhadap politik; hampir 90% rakyat sudah benci dengan orang politik.

Namun seperti kata seorang penceramah terkenal; keadaan pemimpin yang ada sekarang ini melambangkan keadaan rakyat.

Kalau yang di atas itu rosak bermakna rakyat juga rosak sebab rakyat yang memilih mereka. Jadi jangan kita salahkan pemimpin tetapi salahkan diri kita sendiri yang memilih mereka.

Persoalanya; bersediakan rakyat untuk berubah?

Saudara-saudari renunglah sedalam-dalamnya.

Aminuddin Yahaya

Pengerusi PEMBELA

13 Ogos 2022

Rujukan:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/986572/isu-lcs-akibatkan-kerugian-wang-rakyat-rm9-bilion.



No comments: