Puak-puak busuk hati. PAS sibuk tekan PMX dalam isu 𝗸𝘂𝗶𝗹 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗺. Sebab dia ingat PMX penakut macam lebai. Jadi dia 𝘁𝗲𝗿𝗸𝗲𝗷𝘂𝘁 𝗯𝗲𝗿𝘂𝗸 bila PMX keluarkan satu kenyataan berupa arahan yang tegas.
Malu sendiri, akhir sekali PAS pusing cerita. Kononnya PMX terpaksa. Kononnya 𝗱𝗮𝗺𝗮𝗴𝗲 𝗰𝗼𝗻𝘁𝗿𝗼𝗹. Kononnya 𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁 𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻. Begitu gayanya orang yang 𝗯𝘂𝘀𝘂𝗸 𝗵𝗮𝘁𝗶. Mencari alasan.
Kalau PMX takut hilang sokongan, PMX lebih selamat kalau biarkan saja. Sebab Memang sokongan bukan Melayu lebih kuat untuk PMX. Sokongan Melayu dah memang majoriti pergi ke PAS.
Tindakan PMX ini lebih berbahaya kepada kedudukan beliau dan PH. Kalau PMX hilang sokongan pengundi bukan Melayu, kedudukan PMX lebih teruk terjejas berbanding hilang undi Melayu.
Tapi PMX buat 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝘁𝘂𝗹. Beliau bukannya suruh roboh terus pun. Beliau suruh ikut lunas undang undang. Beliau 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗶 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿. Bukan macam lebai yang 𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵.
Berbeza dengan PAS terutamanya PAS Kedah. Sebab nak curi undi bukan Melayu, dia 𝗹𝗲𝗴𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗯𝘂𝗮𝗵 kuil haram. Aku tak kisah dia nak bagi tapi lepas tu dia kecam PMX pula. Padahal PMX tak buat pun lagi. Yang si Sanusi dah terbukti buat dia bisu.
Inilah namanya 𝗺𝘂𝗻𝗮𝗳𝗶𝗸 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸. Sanggup munafikkan diri untuk laba politik. Soal dosa, tolak tepi. Sanggup reka naratif jahat, sanggup pusing cerita, sanggup memfitnah asalkan dapat raih sokongan.
Yang kelakar, dia kata 𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗯𝗲𝗿𝘀𝘂𝗮𝗿𝗮 𝗯𝗮𝗿𝘂 𝗻𝗮𝗸 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗿. Dah itulah 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗽𝗿𝗶𝗵𝗮𝘁𝗶𝗻. Dengar suara rakyat. Takkan nak jadi macam 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻. Langsung tak peduli suara rintihan rakyat.
Jangankan suara rakyat, perintah YDP Agong pun dia langgar. Bila rakyat bising harga ayam mahal, menteri suruh bela ayam. Itu kerajaan 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵 dan 𝗯𝗼𝗻𝗴𝗸𝗮𝗸. Jangan samakan PMX dengan lebai bingai.
Sebenarnya, orang yang selalu syak orang lain, yang sebenarnya dialah macam orang yang dia syak tu. Kalau dia syak orang menipu, itu sebab dia sendiri seorang penipu. Jadi tak pelik bila PAS buat posting begini. Sebab, demikianlah PAS. Guane boh?
Raja Gelap II


No comments:
Post a Comment