Prog Agus tempelak kenyataan Menteri Alam Sekitar tentang masalah air di Kelantan!

30-40 tahun untuk selesai masalah air. Jangan remehkan keluhan rakyat.
1. Menteri Alam Sekitar dan Air yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menyatakan masalah air Kelantan akan selesai dalam 30-40 tahun lagi kerana kosnya yang besar. Oleh itu, penyelesaian masalah ini akan dilakukan secara berperingkat.
Berapakah jumlah yang akan dipohon itu? Tidakkah setiap RMK cuma lima tahun sekali sahaja? Berapa RMK lagikah yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan ini?
2. Reaksi pertama saya ialah mengapa begitu lama? Jika kosnya besar, berapa besar? Kos ini tidak disebut, melainkan menyatakan “[Kementerian] akan memohon peruntukan kepada UPE, JPM bagi membolehkan peruntukan berkenaan dimasukkan menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).”
3. Berapakah jumlah yang akan dipohon itu? Tidakkah setiap RMK cuma lima tahun sekali sahaja? Berapa RMK lagikah yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan ini?

4. Jika dahulu, rakyat boleh terima ketidakupayaan kerajaan negeri menyelesaikan masalah ini atas faktor kewangan. Kini, selepas wang ehsan RM400 juta sudahpun diterima dan menterinya sudahpun dari parti yang sama dengan kerajaan negeri, dan Menteri Ekonomi yang menjaga EPU juga dari Kelantan, mengapa hal ini masih diperlambatkan untuk diselesaikan?
5. Projek ECRL melangkaui beberapa sempadan negeri, tetapi tempoh pelaksanaannya cuma 5 tahun sahaja, dijangka siap pada tahun 2026. Kosnya besar, RM65.5 bilion dan jimatkan oleh kerajaan dahulu sebanyak RM21.5 bilion dengan penjajaran baharu. Kos projek air Kelantan tidak sampaipun sejumlah itu, dan tidakpun melangkaui sempadan negeri, tetapi mengapa mengambil masa yang begitu lama?
6.Selepas itu, baharulah masuk ke tahap kedua melibatkan keluasan 40 ribu hektar dari tahun 2025-2029 untuk pembangunan infrastruktur lainnya seperti markas besar tentera dan polis, pendidikan, kesihatan, universiti, taman sains dan teknologi, pusat industri berteknologi tinggi, pusat penyelidikan, pusat sukan dan pusat membeli belah. Tahap ketiga bila siap semuanya akan melibatkan pembangunan di tanah seluas 250 ribu hektar dalam masa 40 tahun.
7. Pertanyaannya, apakah projek air Kelantan ini lebih luas dari projek ECRL dan ibu kota baharu Indonesia sehingga perlu mengambil masa antara 30-40 tahun untuk selesai?
8. Pemimpinku, janganlah remehkan keluh kesah rakyat. Carilah jalan untuk mengatasinya secepat mungkin. Buat momento besar untuk kebahagiaan rakyat.
Prof Agus


No comments: