KEAHLIAN 25000..KELUAR 2500..MACAMANA PULAK TERBUBAR?TAK KAN MAK LAMPIR TAK ADA, MAK LIMAH TAK BOLEH HIDUPKAN ?




PKR Ampang didakwa terbubar, majoriti pemimpin keluar parti

AJK nafi PKR Cabang Ampang terbubar
NURHIDAYAH HAIROM | |

Sidang media Nallan (tengah) bersama AJK Cabang, Wanita dan AMK PKR yang mengumumkan keluar PKR, semalam.


SHAH ALAM - Sekumpulan ahli jawatankuasa Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ampang menafikan Cabang berkenaan terbubar serta-merta.


Ia berdasarkan satu kenyataan yang ditandatangani 18 ahli jawatankuasa yang dipilih dan tiga ahli jawatankuasa yang dilantik serta Pengerusi Tetap Wanita Keadilan Cabang Ampang, hari ini.

"Kami menafikan sekeras-kerasnya tentang pembubaran Cabang Ampang. Kami ahli jawatankuasa Cabang Ampang masih kekal setia dan yakin dengan kepimpinan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Amirudin Shari selaku Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor," menurut kenyataan itu.

Kenyataan turut menyebut, mereka akan meneruskan perjuangan parti itu meskipun beberapa pemimpin Cabang itu bertindak keluar parti.

"Sebagai ahli jawatankuasa Cabang Ampang yang sah, kami akan meneruskan aspirasi mandat rakyat yang telah diamanahkan kepada PKR walaupun beberapa pimpinan telah memilih untuk mengkhianati mandat ini.

"Usaha reformasi selama 22 tahun tidak akan berhenti hanya kerana segelintir yang berniat khianat bertindak keluar parti. Anggota Keadilan Cabang Ampang yang sedia ada tetap komited agar obor reformasi diteruskan," katanya.



No comments: