BETULKAH UMNO SETUJU MUHYIDDIN PM LEPAS PRU15?


“BERSATU tak payahlah nak berdolak-dalik untuk memanjangkan hayat politik mereka. Hanya pilihan raya umum segera (snap election) sahaja boleh memberi penyelesaian kepada kemelut politik negara sekarang khususnya buat `hayat politik pemimpin mereka’,” kata beliau seperti dipetik portal online SUARA MERDEKA dua minggu lalu. Sementara itu Timbalan Presiden UMNO, Dato Seri Muhamad Hassan pula berkata pada Pilihan Raya Umum ke-15 nanti mereka tidak akan menggunakan simbol tunggal untuk bertanding.