Perikatan Nasional yang bercita cita merampas Selangor dalam Pilihan Raya Negeri tidak mempunyai agenda yang jelas apakah yang akan merekalakukan sekiranya diberi kuasa memerintah negeri.
Menurut Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Muhammad Kamil Munim (gambar atas, kanan), PN Selangor malah enggan berdebat dengan calon calon Pakatan Harapan bagi dinilai kualiti
pemikiran dan idea mereka oleh rakyat.
"Kalau kita lihat pepimpin PN yang datang ke Selangor tidak ada satu tawartan dasar atau polisi yang jelas tentang apa nak dibuat
diSelangor, dan hanya terikat dengan elemen politik dan perkauman
sempit.
"Bahkan terakhir, terpaksa di pihak kita melalui Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli mengundang untuk mereka
berdebat (tetapi tidakdisambut), kerana kita mahu hentikan bercakap
soal agama, kaum. Supaya kita adanilai politik baru
"Namun setakat hari ini (debat) itu pun tak mampu dilaksanakan pihak sebelah sana," katanya ketika ditemui berkempen bersama Timbalan Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Juwairiya Zulkifli di
Hulu Kelang, tengahhari tadi.
Syed Ibrahim (berkemeja putih) menyapa pengundi
di Melawati Mall
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh pula berkata, pengundi di DUN Hulu Kelang wajar memilih wakil rakyat
wanita yang berwibawa dan rajin berkerja.
"Kita nak tampailkan wakil rakyat wanita yang berwibawa. Tampilan kita melalui idea dan hujah, bukan melalui 3R (kaum,
agama, raja) danlain lain.
"Saya harap pengundi di Hulu Kelang melihat dari segi kepentingan Kerajaan Negeri dan Persekutaun yang dipimpin oleh
Datuk Seri Anwar," katanya lagi.