ADA WALAUN SETUJU DEBAT- TAPI KALAU DIA PAKAR DALAM EKONOMI, TAKKAN LAH KELANTAN NEGERI PALING MISKIN

 

Syahir tunggu surat Rafizi untuk debat

Rafizi Ramli melontarkan cabaran terbaharu itu selepas Azmin Ali dan Sanusi Nor menolak untuk berdebat.


Rafizi Ramli mencabar Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman dari PAS untuk berdebat mengenai hal ehwal ekonomi negara.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman berkata beliau menunggu surat daripada Rafizi Ramli selepas timbalan presiden PKR itu mencabar beliau untuk berdebat mengenai hal ehwal ekonomi.

Syahir berkata ketika ini beliau masih berada di kawasan Parlimennya di Bachok, Kelantan.

“Patutlah batuk-batuk sejak semalam. Rupanya ada orang jauh sebut-sebut nama kita.

“Saya ada di Bachok ini. Kita tunggulah surat itu sampai,” katanya di Facebook.

Semalam, Rafizi mencabar Syahir berdebat selepas tawaran sama dibuat kepada Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Azmin Ali dan Pengarah Pilihan Raya PAS, Sanusi Nor.

Bagaimanapun, Azmin dan Sanusi menolak cabaran Rafizi itu.

Rafizi berkata, pihaknya akan mengutus surat jemputan kepada Syahir dan berharap cabaran terbaru itu disahut.

Kata Rafizi, beliau akan terus meminta untuk berdebat dengan wakil PN kerana budaya ini perlu dibawa demi pembaharuan negara.

“Kalau betul kamu anak jantan…datang ke pentas berdebat dengan saya. Tunjuk anak muda dalam PAS dan PN lebih ‘jantan’ daripada senior kamu yang ada macam Azmin dan Sanusi,” katanya ketika berucap dalam jelajah Madani DUN Sikamat di Negeri Sembilan..

No comments: