Bukan CEO. Bukan investment banker.
Bukan pilot yang bawa jet private. Ini untuk bayar seorang Chief Engineer kapal LNG.
Actually aku dapat satu WhatsApp daripada seorang Chief Engineer yang pernah belayar bersama aku dulu.
Katanya sekarang ada offer untuk belayar dinatas beberapa buah kapal LNG dalam masa sebulan, khusus untuk trading dan transit keluar masuk Strait of Hormuz.
Offer dia?
LNG wages + War Risk Bonus + USD50,000 untuk setiap voyage masuk atau keluar Strait of Hormuz bagi top 4 officers.
Untuk crew yang lain pula, USD25,000 setiap voyage. Sekarang jom kita kira.
Kalau seorang Chief Engineer buat 4 transit yang layak dalam sebulan
USD50,000 × 4 = USD200,000
Itu baru transit bonus. Belum campur basic LNG salary.
Dan ada iklan pekerjaan LNG Chief Engineer yang aku terbaca pada September 2026 yang menyenaraikan sekitar USD23,000 sebulan, ditambah USD50,000 bagi setiap voyage in/out of Strait of Hormuz.
Jadi secara kasar, kalau empat transit itu benar-benar berlaku dalam sebulan
USD23,000 + USD200,000 = USD223,000 sebulan
atau lebih kurang RM880,000
Tapi Di sinilah cerita sebenar bermula.
Kenapa company sanggup bayar macam ni? Sebab kapal LNG bukan macam naik bas. Dan Strait of Hormuz sekarang bukan sekadar satu garisan di atas nautical chart.
IMO melaporkan bahawa sejak konflik bermula pada 28 Februari 2026, mereka telah mengesahkan 80 serangan terhadap kapal merchant di dalam dan sekitar Strait of Hormuz, dengan sekurang-kurangnya 22 orang seafarer terbunuh.
Jadi bila seseorang nampak angka USD50,000 dia nampak duit. Seorang old seaman pula mungkin akan nampak benda lain.
Untuk berada dia atas kapal yang merentasi selat Hormuz bi, level Communication yang kena tepat.
Emergency response yang tak boleh silap. Dan paling penting, manusia di atas kapal itu sendiri.
Soalan sebenar ialah, Berapa harga yang kau letakkan pada risiko untuk membawa sebuah LNG carrier masuk ke Persian Gulf dan keluar semula melalui Hormuz?
ada seseorang sedang membayar sangat mahal untuk mencari orang yang sanggup membawa kapal itu melalui tempat yang kebanyakan orang lain cuba elakkan.
Sebab angka atas kertas memang nampak cantik.
Tapi perang tak pernah baca pon angka atas kertas tu hehehe. Kalau korang, korang grab x opportunity ni?
#perkapalan
#pelautmalaysia
#malaysia
#malaysiaviral

No comments:
Post a Comment