KENAPA PERLUNYA PENGERUSI TETAP DAN TIMBALANNYA YANG BARU



Oleh: Taufiq Halim

1) Setelah dibincang dan ditelaah panjang, akhirnya Keputusan sebulat suara di buat dalam *Mesyuarat Rasmi Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat* bertarikh pada 24 November 2019 yang dihadiri lebih 40 ahli majlis pimpinan.

Ahli Majlis Pimpinan yang tidak hadir *PASTI TIDAK AKAN FAHAM KENAPA DUA JAWATAN INI DIGUGURKAN*


2) Terdapat percanggahan jelas dari sudut *Peraturan Tetap AMK* :-


*Perkara 5.1* : Semua anggota parti yang tidak akan mencapai usia tiga puluh lima (35) pada 31 Disember tahun berkenaan adalah menjadi anggota Angkatan Muda.


*Perkara 5.3* : Hanya Anggota Angkatan Muda Keadilan boleh dipilih atau dilantik 

untuk memegang
jawatan-jawatan dalam Angkatan Muda Keadilan.

2) Menurut dua peraturan diatas ini jelas *HANYA ANGGOTA AMK YANG TIDAK MELEPASI HAD UMUR* boleh memegang jawatan dalam AMK. 


Majlis Pimpinan AMK bersetuju bahawa terdapat khilaf kepada keputusan tersebut.


Maka *Perkara 15.1 Peraturan Tetap AMK* diguna pakai : Jika berbangkit sebarang perselisihan terhadap tafsiran 

Peraturan Angkatan Muda ini, maka tafsiran yang diberikan 
oleh Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan adalah 
muktamad.

3) Pengerusi dan Timbalan Pengerusi secara jelas telah pun melebihi had umur ketika dipilih pada kongres tahun 2018.


*Pengerusi Tetap*

Muhamad Mizan Adli Mohd Noor, 831003-14-xxxx

*Timbalan Pengerusi Tetap*

Mohd Ramly Bin Ahmad, 800513-01-xxxx

4) BENAR!!! Tradisi AMK sebelum ini memilih mereka yang lebih umur sebagai Pengerusi dan Timbalan. Dalam hal ini setelah diteliti dan dibahas panjang, Majlis Pimpinan AMK sepakat bahawa tradisi itu terdapat khilaf yang besar terhadap peraturan.


5) Apakah lagi alasan untuk melucutkan kedua-dua jawatan diatas :-


Pada Kongres AMK 2018, jumlah perwakilan yang sah di dalam dewan adalah *270 Perwakilan*.


Tetapi..... Jumlah undi yang diterima oleh Sdr. Mizan dan calon lawannya Sdr. Azlan, jika ditambah menjadikan jumlah undi sebanyak *400 undi*


*BUKANKAH ITU BERMAKSUD JAWATANKUASA PEMILIHAN PUSAT (JPP) JUGA MELAKUKAN KESILAPAN YANG SERIUS?*


Maka sebagai konklusinya, satu pemilihan baru pengerusi tetap dan timbalan pengerusi perlu dibuat pada *Kongres 6 Disember nanti mengikut lunas dan peraturan yang SAH.*


Ayuh hadir ke Kongres AMK untuk memilih siapakah pengerusi dan timbalan pengerusi tetap yang baru.


*JUMPA DISANA!!!*