Perutusan Maulidur Rasul: Tuntut perubahan seluruh sistem kehidupan
Menjelang sahaja 12 Rabiul Awal, maka kita umat Islam pasti terkenangkan Baginda Muhammad SAW kerana pada tarikh tersebut junjungan mulia dilahirkan.Sungguhpun begitu, mengingati Rasulullah SAW pastinya tidak sekadar khusus pada 12 Rabiul Awal semata-mata. Junjungan kita yang menyampaikan pesan wahyu itu haruslah dingati sepanjang masa.
Risalah yang berpaksi tauhid, mengithbatkan Allah, menafikan patung dan menuntut pembaharuan dan perubahan menyeluruh sistem kehidupan. Demikian dirumuskan sebagai obor yang membawa pencerahan, membebaskan manusia, dasar zalim dan bobrok.
Justeru, dalam menghadapi malapetaka yang menimpa umat dari Afghanistan ke Iraq, Syria, Mesir dan bumi Palestin, serta kekeliruan dan kedangkalan fahaman umat termasuk dalam negara kita, marilah kita jadikan sambutan Maulud untuk memperkuat tekad, meningkat ilmu dan amal selaras dengan risalah perdamaian, keadilan dan rahmatan Lil aalamin!
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN