Hamsina Hamzah
Tiada kawan atau musuh yang kekal dalam politik.
Mungkinkah ada benarnya kata-kata tersebut apabila melihat foto ini (bawah).
Antara kata-kata Dato' Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1999 sewaktu dijatuhi hukuman penjara utk kes fitnah (1).
"Semasa saya memegang jawatan dalam negara, saya pernah menyebut perlunya reformasi perundangan. perlunya kebebasan institusi kehakiman diperkukuhkan.
"Ramai orang kaya dan berada yang mempunyai kedudukan tidak menyukai kenyataan saya. sementara sebahagian rakyat membaca kenyataan saya dengan perasaan sangsi. sekarang mereka tidak sangsi lagi dengan kenyataan saya.
Saya tidak katakan semuanya.. tetapi orang melayu berkata, "Sekor kerbau membawa lumpur..semuanya terpalit." Tindak tanduk segelintir manusia yang merosakkan nama baik institusi kehakiman.
Cuma saya terlebih dulu menjadi mangsa utntuk menyakinkan rakyat tentang apa yang saya katakan.
Sedikit pun tidak saya sesali..mungkin ini lah sedikit pengorbanan yang perlu saya lakukan untuk menyakinkan rakyat betapa mendesaknya negara perlukan reformasi. lebih-lebih lagi polis, jabatan peguam dan institusi kehakiman.
Saya dihukum dengan "with judgement that stinks to high heawen". Alangkah aibnya penghakiman ini.
Tafsiran rasuah yang tak masuk akal. Meloyakan bila memikirkan di Malaysia ini dimana pemimpin-pemimpin melesapkan ratusan juta dan billion ringgit wang kerajaan diguna kan untuk menyelamatkan sanak saudara dan kroni.
Merrka telah menjadikan tamak haloba dan kebejatan perilaku sebagai hak mereka. kebal dari sebarang hukum, Saya di hukum.
Tapi rakyat tahu bahawa hukuman adalah mengikut skrip yg direka oleh konspirator. bukan mahkamah. tetapi para konspirator yg memenjarakan saya.Tetapi ingatlah bahawa manusia terdiri dari jasad dan roh.'Jasad saya boleh dipenjara, tetapi jiwa saya tetap merdeka'.
Tetapi ada manusia yg badannya merdeka tetapi jiwanya terpenjara. dipenjara oleh pangkat dan kedudukan. bahkan jiwa mereka boleh di jual beli.."
- Anwar Ibrahim.