Anwar PM8, Hadi bungkus di Marang?
Dr Ariff Kadir Al-Katami
Percayalah, jika Anwar jadi PM8 samada Mei 2020 atau di hujung penggal, PH akan menang bergaya 2/3 manakala PAS & UMNO akan bungkus. Silap2 Hadi pun boleh bungkus di kerusi Marang. Sejarah membuktikan Hadi tidak kebal di Marang. Beliau tidak mcm Anwar yg tidak pernah kalah di Permatang Pauh. Malah Hadi pernah kalah 3 kali kerusi parlimen iaitu di Dungun (ketika itu Dungun adalah parlimen) pada 1982 dan di Marang pada1986 & 2004. Ya Hadi tidak sekebal Anwar di Permatang Pauh.
Kenapa? Sebab sejarah pilihanraya membuktikan apabila berlakunya peralihan Perdana Menteri, kerajaan sedia ada akan mendapat harapan baru drpd rakyat yg seterusnya melonjakkan sokongan. Buktinya, Tun jadi PM tahun 1981, PRU tahun 1982 BN menang bergaya. Pak Lah jadi PM tahun 2003, PRU tahun 2004, pembangkang bungkus teruk termasuklah kerajaan sepenggal PAS Terengganu. Kerajaan PAS Kelantan juga nyawa-nyawa ikan. Berkat ulamak hak TGNA, Kelantan kekal di bawah pimpinan al-marhum.
Jadi, sebab itulah PAS & UMNO cukup takut Anwar jadi PM8 kerana ia akan melonjakkan sokongan rakyat kpd PH pada tahap yg tidak boleh diterima oleh PAS & UMNO. Baik pada Mei 2020 ini atau di hujung penggal, pembangkang akan terkangkang. Suatu strategi yg sudah menjadi opened secret. Semua orang dah tau. Dah kantoi. Ringkasnya, Anwar PM8 samada Mei ini atau hujung penggal, PH akan menang besar. Cumanya rakyat amat mahukan Anwar segera menjadi PM8 pada Mei 2020 kerana ia ada kaitan dgn keyakinan pelabur yg secara langsung melibatkan perut rakyat. Ya, perut kita, perut mak kita, perut anak-anak kita.